Friday, September 23, 2011

KITA TELAH KEMBALI KE ZAMAN KEGELAPAN ??

Kita telah kembali ke zaman gelap,
Kita telah lepaska genggaman kita pada dua perkara,
al-Quran dan sunnah yg ditinggalkan baginda
sebagai bekalan kita di akhir zaman.

... Merdekakah kita?
Merdekakah kita jika masih ramai yg masih jahil?
Merdekakah kita jika maksiat di sana sini?
Merdekakah kita jika bayi2 dibuang merata?

Akhir zaman yg semakin berkecamuk
Kita xsedar bahawa kita telah kembali ke zaman gelap,
hukum Allah dipersendakan
manusia menggubal undang2 sendiri
untuk menghalalkan tuntutan diri
nafsu dan hasutan musuh jadi nakhoda.
Adakah kita ingin mengundang bala dari TUHAN??
Tak jelas lagikah amaran yg telah diberikanny??
Adakah kita telah benar2 dibutakan oleh dunia??

Ya Allah, berikanlah kami petunjuk untuk kembali celik
untuk kembali bangkit sebagai hamba
yang sentiasa mendambakan redhaMu,
sebagaimana zaman kegemilangan ISLAM.
Kembalikanlah sinar ISLAM dalam jiwa setiap pemuda pemudi kami.
Agar tumbuhnya nanti generasi ISLAM yang ENGKAU redhai.
Janganlah ENGKAU biarkan kami sendiri yang menentukan kehidupan kami
sedang kami tidak pernah pasti apa yang bakal menanti.
sedang ENGKAU MAHA MENGETAHUI
dan pada setiap yang ENGKAU tentukan
pasti tersirat hikmah yang terbaik buat HAMBA-HAMBA MU ini.