Thursday, April 7, 2011

Peringkat-peringkat Nafsu

1) Nafsu Ammarah
Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan. Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah. Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan
Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(yusuf:53).
Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita. Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.

2) Nafsu Lawwamah
Peringkat nafsu ini lebih baik sedikit daripada nafsu Ammarah. Peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya. Telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu. Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam. Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ketahui. Kadang-kadang kejahatan ulama-ulama dan dosa yang mereka lakukan melebihi kejahatan yang dilakukan oleh orang jahil. Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri. Bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya. Peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor. Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri. Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina. Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tangga nafsu yang lebih baik dari sebelumnya. Tanpa perubahan yang dilakukan , mereka masih tercela dan dimurkai Allah, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari Neraka Allah.

3) Nafsu Mulhamah
Latihan yang sistematik dan istiqamah dalam mengikis sifat-sifat kesyaitanan dan kebinatangan (sifat mazmumah) akan menyucikan hati kita. Hati ibarat sebagai satu bekas, mestilah kosong dari sifat-sifat mazmumah (tercela), supaya hati itu dapat pula diisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Jiwa yang bernafsu Mulhamah adalah jiwa yang mula menampakkan keelokan pada jiwa itu. Orang yang bernafsu Mulhamah mula mendapat ilmu-ilmu terus dari Allah yang disebut ‘Ilham’atau ‘Laduni’.

Firman Allah Taala:
Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya. (As-Syam: 7-10)
Tahap nafsu ini merupakan tahap pertama dalam memasuki sempadan kewalian. Oleh kerana itu kita seharusnya berada paling minimanya di tahap nafsu ini. Walau bagaimana pun kita janganlah terus berada diperingkat nafsu ini, kerana orang yang berada diperingkat nafsu ini belum lagi mantap. Jiwa perlu digilap dan ditingkatkan lagi agar ia dapat mendaki nafsu yang lebih tinggi.

4) Nafsu Mutma’innah
Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.

FirmanNya berbunyi:
Wahai jiwa yang tenang (nafsu muta’innah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyuargaKu. (Al-Fajr: 27-30).

Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah. Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati. Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat. Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat. Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.

5) Nafsu Radiah
Apakalanya mereka yang bertaraf nafsu mutma’innah itu memperolehi inayah dari Allah dan ia bersandar kepada Syeikhnya (guru yang membimbingnya) secara keseluruhannya serta dilazimi mujahadah sehingga tetaplah dia dengan sifat-sifat yang terpuji dan hilangnya unsur-unsur riyak maka jadilah nafsunya hina, sama baginya pujian atau celaan. Dia telah masuk di dalam maqam fana, redha dengan apa yang terjadi atas dirinya tanpa tentangan maka meningkatlah maqam mutma’innah ke tahap nafsu radiah.

6) Nafsu Mardhiah
Boleh juga berlaku pandangan fana dan ikhlas akan jatuh ke dalam bahaya ujud iaitu hairankan diri. Maka ketika itu hendaklah ia memohon perlindungan daripada Allah dari hal seumpama itu dengan bantuan Syeikhnya. Tanpa bantuan Syeiknya ia tidak akan berjaya. Apabila ia telah kembali fana dan ikhlas , akan ditajallikan kepadanya redha, diampunkan dosanya yang telah lalu, digantikan kejahatannya dengan kebaikan, maka terbukalah segala pintu zauk dan tajalli, lalu tenggelamlah ia di dalam lautan Tauhid dan burung-burung rahsia akan memperdengarkannya nyanyan-nyanyian. Nafsu ini dinamakan nafsu mardhiah.

7) Nafsu Kamilah
Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali. Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita. Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Sahabat dan wali-wali besar sahaja. Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa. Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.

Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)
Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita. Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis. Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan. Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.
Menyedari tentang hal ini, maka janganlah kita tertipu oleh nafsu kita sendiri. Kerana sesuatu yang datang darinya adalah yang dapat menipu-dayakan kita. Sekiranya kita lupa dari bermuhasabah terhadapnya, kita akan dihanyutkan olehnya. Bahkan sekiranya kita gagal dalam menentang dan melawannya, kita akan diseret masuk ke Neraka.

Untuk menyelamatkan diri, kita kenalah bertakwa kepada Allah. Renungilah sebanyak manakah usia kita yang telah kita pergunakan untuk mencari kebahagian Akhirat, kerana renungan seumpama itu sebenarnya dapat membasuh hati kita.
Sabda Rasullulah SAW: Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.
Pendekkan angan-angan , memperbanyakkan berzikir pada Allah, menjauhi tegahan-tegahanNya, menahan dari mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat. Ini adalah nafsu itu berhala. Oleh itu sekirannya kita tunduk dan memperhambakan diri pada nafsu, bermakna kita telah tunduk dan menyembah berhala.

Berkata Yahya bin Muaz ra:
Bermujahadah menentang nafsumu iaitu dengan melakukan ketaatan pada Allah dan melakukan latihan-latihan (riadah kerohanian). Latihan itu ialah dengan menghindarkan tidur, mengurangkan percakapan, tahan menanggung kesakitan dan bala dari manusia serta mengurangkan makan. Maka lahirlah dari sedikit tidur itu, sucikan kemahuan. Sedikit percakapan dapat menyelamatkan diri daripada berbagai penyakit. Dengan menanggung kesakitan dari manusia akan mendapat menyampaikan maksud dan cita-cita. Dan sedikit makan akan mematikan nafsu, kerana membanyakkan makan akan mengeraskan hati dan menghilangkan cahaya. Sedangkan cahaya (nur) hikmah itu ialah lapar, sedangkan kenyang dapat menjauhkan diri dari Allah.
Rasullulah SAW bersabda: Jangan kamu mematikan hati kamu dengan memperbanyakkan makan dan minum, kerana hati akan mati seperti mana tanaman akan mati apabila terlalu banyak disiram dengan air.

Rasullulah SAW bersabda: Sesungguhnya syaitan akan menusuk masuk ke dalam tubuh anak Adam melalui tempat pengaliran darah. Maka persempitkan tempat aliran darah itu dengan berlapar.

Rasullulah SAW bersabda lagi: Tiga perkara yang membinasalkan: Hawa nafsu yang ditaati, kebakhilan yang dituruti dan hairan seseorang itu terhadap dirinya sendiri.
Sifat-sifat tercela (Mazmumah)
Sebagaimana yang kita telah ketahui , bahawa diri kita akan menjadi diri yang suci bilamana hati kita tidak dibelenggu lagi oleh sifat-sifat yang dicela atau mazmumah. Hati yang penuh dengan sifat mazmumah akan menjadikan hati sentiasa dikunjungi oleh syaitan. Kunjungan syaitan pada hati adalah merupakan kunjungan untuk menawan dan mengawal hati kita. Apabila syaitan dapat mengawal dan berkuasa pada hati kita, syaitan akan bawa hati kita menderhakakan Allah swt. Hati yang telah dikawal dan dikuasai oleh syaitan tidak akan membawa tuannya kepada mentaati Allah.

Jadi untuk menggelakkan diri kita sentiasa dalam kutukan dan kemurkaan Allah, kita perlu menyucikan hati kita dari segala sifat jahat yang selalu bermaharajalela di dalam hati kita. Kita perlu bermujahadah dan berjuang untuk mengikis buang segala sifat tercela itu bersungguh-sungguh, jangan memberi peluang langsung kepada syaitan untuk membelenggu diri kita.

Sebelum kita melalui proses bermujahadah membuang segala sifat-sifat yang keji dan jahat pada diri kita itu, perlu pula kita mengenali dan mengetahui apakah sifat-sifat buruk yang masih bertapak dalam hati kita itu. Apakah puncanya? Setelah kita mengenali jenis dan punca penyakit yang dihidapi oleh diri kita, barulah boleh kita berusaha untuk mengubati penyakit tersebut. Sama juga dengan penyakit zahir perlu diketahui terlebih dahulu apakah jenis penyakit dan apakah sebab-sebabnya. Apabila kita telah dapat mengesan jenis penyakit itu, barulah boleh kita berusaha untuk mengubatinya.

Di sini terdapat beberapa jenis penyakit yang selalu bermain-main dalam hati dan diri kita. Marilah bersama-sama kita kaji, mencari punca dan sekaligus mencari cara untuk menghindarkan diri kita daripada wabak penyakit itu. Penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kita, termasuklah pada diri saya sendiri.

Antaranya ialah :
1. Bahaya lidah 
2. Marah 
3. Hasad dengki
4. Bakhil 
5. Sukakan kemuliaan dan kemegahan 
6. Riak 
7. Sombong (takabur) 
8. Ujud (hairankan diri)
9. Tipu daya (ghurur).

P/S Renung2kan dan selamat beramal!!!!

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Al-khaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat. Oleh itu, hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.


bukan mudah mengawal nafsu
ujian mendatang syaitan memburu
bermujahadah melawan nafsu
agar diterima amalanmu

Adab Berjanji


  • Jangan membuat janji sekiranya anda berniat untuk tidak menunaikan janji itu.

  • Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.

  • Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah, jangan sesekali melanggari janji tersebut tanpa alasan yang kukuh dan wajar.

  • Jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram ataupun melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan bemudaratan.
Abdullah bin Amir meriwayatkan semasa beliau masih kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu. Rasulullah yang kebetulan berada di situ terus bertanya, "apa yang kamu niatkan untuk diberikan kepadanya?" jawab ibu amir, sedikit buah tamar. Sabda Rasulullah, "Sekiranya kamu tidak memberikan kepadanya maka dosa berjanji dusta akan dicatitkan untukmu."
Wallahu'alam.

Wednesday, April 6, 2011

Makna Bacaan Dalam Solat

1. Saudara-saudaraku, bertahun-tahun lamanya kita menyembah Yang Maha Esa tetapi adakah kita dapat nikmat khusyuk sewaktu menunaikannya?


2. Antara faktor utama tidak mendapat nikmat khusyuk sewaktu menunaikan solat adalah kerana kita tidak memahami maksud atau makna setiap bacaan di dalam solat. Penting bagi kita sebagai umat Islam untuk memahaminya supaya dapat menghayati dan enak dibuai nikmat khusyuk ketika berhubung dengan Allah SWT.

3. Mungkin ramai di antara sahabat-sahabat termasuklah diri saya yang jahil ini tidak lagi menguasai sepenuhnya makna setiap bacaan dalam solat. Justeru itu, marilah kita renung-renung, hayati dan memahami setiap maksud bacaan tersebut. InsyaAllah.



 Makna Bacaan Dalam Solat

Allahu Akbar


Allah Maha Besar


Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


4.  Beruntunglah orang yang mendapat nikmat khusyuk sewaktu menyembahNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2).

Wallahu'alam

Monday, March 14, 2011



Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).
Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana boleh merosakkan
silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan
umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Hal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'JANGAN' sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari ALLAH juga tetapi disandarkan kepada kelemahan hambaNya. Bersama-samalah kita ambil pengajaran dari peringatan ini, inshALLAH~

Sunday, March 13, 2011

Tidak ada jalan untuk maksiat..


Pada suatu waktu Ibrahim bin Adham didatangi seorang lelaki, seraya berkata, "Wahai Abu Ishak, aku seorang yang berlimbah dosa, banyak melakukan kezaliman, berkenan kiranya tuan mengajariku hidup zuhud, agar Allah memberikan jalan terang dalam kehidupanku dan melembutkan hatiku yang garang". "Manakala dirimu dapat memegang teguh 6 perkara yang akan kami kemukakan, tentu akan mendapatkan keselamatan", jawab Ibrahim bin Adham.

"Apa itu, wahai Abu Ishak?, tanyanya.

"Pertama, manakala dirimu akan melakukan maksiat, janganlah makan rezeki Allah".
"Manakala di seluruh penjuru bumi, baik di barat mahupun di timur, di darat mahupun di laut, di kebun mahupun di gunung merupakan rezeki dari Allah, terus dari mana aku makan?"

"Wahai saudaraku, pantaskah kamu memakan rezeki Allah, sedangkan dirimu melanggar peraturanNya?"

"Tidak, demi Allah. Kemudian apa yang kedua?"

"Yang kedua, manakala kamu bermaksiat kepada Allah, janganlah bertempat tinggal di negeri-Nya."
"Tuan Ibrahim, demi Allah, yang kedua ini lebih berat, bukankah bumi ini milikNya? Kalau demikian, di manakah aku harus tinggal?" tegas lelaki itu
"Patutkah kamu makan rezeki Allah dan bertempat tinggal di bumiNya sedangan dirimu melakukan maksiat kepadaNya?"
"Tidak pantas wahai tuan guru," jawab sang lelaki.
"Ketiga, manakala dirimu hendak melakukan maksiat, jangan melupakan Allah Yang Maha Mengetahui segala rahsia dan melihat setiap gerak hati nurani," tegas lelaki itu.
"Layakkah manakala dirimu menikmati rezeki Allah, bertempat tinggal di bumi Allah, dan melakukan maksiat kepada Nya sedangkan Allah melihat dan mengawasi perilakumu?"
"Tentu saja tidak, wahai tuan guru. Terus apakah yang keempat?", tanya lelaki dengan penuh harap.

"Yang keempat, manakala malaikat maut datang kepadamu, hendak mencabut nyawa, katakanlah kepadanya, "Tunggu sebentar, aku akan bertaubat." "Tuan guru, hal itu sangat mustahil! Dan permintaan itu tidak bakal dikabulkannya," jawab sang lelaki.
"Kalau dirimu sedar, bahawa tidak boleh menolak keinginan malaikat maut (‘Izrail) sedangkan dia akan datang kepadamu bila-bila saja. Barangkali sebelum dirimu melakukan taubat, " tutur Ibrahim.
"Benar apa yang tuan ucapkan. Terus apa yang kelima?", tanya sang lelaki
"Yang kelima, manakala malaikat Munkar dan Nakir datang kepadamu, tentanglah dan lawanlah dengan segala kekuatan yang ada, manakala dirimu mampu."
"Itu suatu hal yang sangat mustahil lagi, wahai tuan guru."
"Yang keenam, manakala kelak dirimu berada di sisi Allah, dan Dia menyuruhmu masuk neraka, katakanlah, "Ya Allah, aku tidak bersedia masuk ke dalamnya", tegas Ibrahim bin AdHam.
"Wahai tuan guru, keenam perkara itu sangat berat. Cukup, aku telah sedar dan mengerti". Lelaki itu pun segera meninggalkan Ibrahim bin Adham dengan hati lega, dan menambah kesedaran dalam hatinya.
Kebajikan adalah budi pekerti yang baik dan dosa adalah apa-apa yang meragukan (pada) dirimu dan engkau tidak suka diketahui orang lain (dalam melakukannya). (HR Muslim)
Kebajikan itu adalah apa-apa yang jiwa dan hatimu tenteram kepadanya, dan dosa adalah yang jiwa dan hatimu ragu-ragu terhadapnya, walaupun orang-orang memberi fatwa padamu serta membenarkannya. (HR Ahmad dan Ad Darimi)

Saturday, March 5, 2011

Sunnah Rasulullah ketika makan dan minum



Cara Makan
1) Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
  • Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

  • Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

  • Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2) Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3) Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas semasa kita minum, kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air. Dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.