Monday, January 31, 2011

APAKAH NASIB SAHABAT2 KITA DISANA, YG UTAMANYA NEGARA2 DAN SAUDARA2 ISLAM KITA..?

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dar
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Saturday, January 8, 2011

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu> ayat..."

Tips untuk kawal kemarahan

Tips untuk kawal kemarahan

Tips kawal kemarahan (seperti yang diajarkan oleh nabi SAW) ;

1- Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
2- Kalau anda sedang duduk, baringlah.

**Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain.

Abu hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan ; “ Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.

Selapas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”

Abu Said al Khurdi pula berkata : Rasulullah ada bersabda : “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”

SEJARAH KALIGRAFI

KALIGRAFI pada asalnya adalah perkataan yang merujuk kepada tulisan tangan yang cantik yang dihasilkan oleh penulis khat. Perkataan kaligrafi berasal dari gabungan dua perkataan Greek iaitu kallos yang bermaksud cantik dan graph yang bermaksud tulisan.
Pada waktu dahulu tulisan merujuk kepada tulisan yang ditulis ...dengan tangan tetapi selepas teknik cetakan diperkenalkan sekitar abad ke 15 dan berkembang dalam pelbagai teknik cetakan terkini, kaligrafi juga turut dihasilkan dengan perisian komputer.
Kaligrafi yang merupakan salah satu cabang dalam bidang seni visual tidak terikat kepada satu budaya dan bangsa sahaja. Pengetahuan dan kemahiran menulis amat dipandang tinggi di dalam sejarah, apatah lagi kebolehan menghasilkan kaligrafi.
Karya kaligrafi dijadikan satu warisan seni yang amat berharga bukan hanya kerana tulisan malah dari segi pemilihan perkataan dan komposisi yang digunakan. Ini melambangkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh penulis yang menghasilkan karya.
Dalam Islam, sejarah perkembangan tulisan kaligrafi adalah selari dengan perkembangan penyebaran Islam keluar dari Madinah. Sebagai contoh, tulisan kaligrafi pertama yang dihasilkan berasal dari Kufah iaitu sebuah bandar yang terletak di Iraq.
Tulisan ini diberi nama sempena dengan bandar Kufah iaitu kaligrafi kufik. Tulisan kufik mempunyai bentuk tulisan yang statik dan bersudut. Tulisan kufik yang asal tidak mempunyai titik huruf dan tidak bersambung dan sesetengah huruf.
Gaya kaligrafi kufik ini oleh dilihat di atas helaian al-Quran awal yang dihasilkan dalam abad ke 8 atau 9 Masihi.
Gaya ini kemudiannya diperkemaskan lagi dengan pengenalan titik huruf dan seterusnya mempunyai gaya hybrid daripada yang asal dikenali sebagai kufik berbunga kerana di bahagian hujung huruf yang akhir mempunyai corak bunga atau sulur daun.
Gaya tulisan ini banyak digunakan untuk tulisan pada seni bina Islam. Satu lagi jenis tulisan kufik yang telah mula popular semula pada hari ini ialah kufik segi empat.
Kesemua perkataan yang ditulis menggunakan gaya ini akan ditulis dalam urutan tetapi diolah dalam bentuk segi empat.
Iran adalah salah sebuah lagi wilayah Islam yang amat banyak menyumbang kepada gaya penulisan kaligrafi Islam yang kekal sehingga ke hari ini. Antaranya ialah gaya kaligrafi nasta'liq dan ta'liq.
Ta'liq bermaksud tulisan ringkas atas pada hari ini ia lebih dikenali sebagai trengkas. Nasta'liq pula ialah gaya tulisan yang dihasilkan daripada gabungan tulisan naskh (tulisan yang selalunya digunakan bagi penulisan al-Quran) dan tulisan ringkas ta'liq.
Jenis penulisan kaligrafi ini boleh dilihat di atas sijil perkahwinan atau kontrak perkahwinan yang digunakan di Iran. Gaya kaligrafi ini juga turut digunakan dengan meluas dalam penghasilan manuskrip di India sewaktu pemerintahan Empayar Islam Mughal dan di Asia Tengah sewaktu pemerintahan Empayar Islam Timur.
Turki turut menyumbang penambahan bilangan gaya penulisan kaligrafi Islam.
Kaligrafi yang paling indah yang dihasilkan di Turki sewaktu di bawah pemerintahan Empayar Islam Uthmaniah adalah tulisan diwani. Tulisan ini juga dikenali sebagai tulisan istana kerana hampir kesemua dokumen rasmi istana menggunakan gaya penulisan ini seperti surat dan dekri diraja terutamanya sewaktu zaman pemerintahan Sultan Sulaiman I yang memerintah Empayar Uthmaniah dari tahun 1522 - 1566 Masihi bersamaan tahun 928 - 973 Hijrah.
Satu lagi gaya kaligrafi yang dihasilkan sewaktu zaman Uthmaniah adalah tughra. Tughra adalah gaya kaligrafi yang digunakan khusus untuk tandatangan sultan yang memerintah Empayar Uthmaniah. Tughra sering diletakkan sebagai kepala surat atau dokumen rasmi Empayar Uthmaniah.

MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG DAN MENEKA NAMUN KEPADA ALLAH JUGA SEGALA KETETAPAN.

SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar... dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.
Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1) Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.
2) Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.
3) Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan
4) Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.
Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem '2012' dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.
Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.
Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.
Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.
Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;
l Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi
l Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954
l Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.
l Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.
Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudulArmagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.
Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.
Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) danAlexander adalah Zulqarnain.
Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan

Monday, December 27, 2010

PEMANASAN GLOBAL YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN MANUSIA YG BERADA DI ZON RENDAH KEKUATAN IMAN DAN TAQWA...

SALAM ALAIK....

ya.. terungkai lg apa yang berbuku kat hati ni.. baru sekejap isu, datang lagi isu.., xperlu nak isu2 besar.. isu2 minor yg mudah dibendung tapi dibiarkanlah menjadi punca kepada masalah yang besar... ya.. benarlah kata pepatah orang dahulu, ibarat api.., kecik2 jadi kawan, dah besar jadi lawan', macam duit gak.. 'sikit2 lama2 jadi bukit' dan macam penyakit gak... mencegah lebih baik dari mengubati.. tp Aku rasakan ini lebih merujuk pada yg penyakit.. penyakit hati, penyakit bangsa.., penyakit jiwa.., penyakit budaya... 'mencegah lebih baik dari mengubati... dan aku sendiri mula berjinak2 dalam menafsir perkataan2 yg boleh mendatangkan banyak maksud. hm... kita sekarang ni kene kreatif.. kne pikir dalam2... kenapa orang ade kalau marah kate orang yg buat hal tu lembu? ha.. ade la sebabnye... mungkin kerana.., lembu.., binatang, xde akal.. otak ade... disamakan dengan orang., yang ade akal.., ade otak.., tapi kasihan.., akalnye tidak digunakan secara optimum.., rugi juga jika difikirkan.. akal kurang digunakan untuk memikirkan bahawa kat mana2 kne ade sikap prihatin dan sebagainye terhadap orang lain.., takkan nak mengharapkan minoriti sahaja bersikap begitu.. fade-up la.. yang lain nak jadi ape? lembu..? xkan la kot.. aku cukup2 hairan memikirkan kenapa orang zaman sekarang ni xreti nak bersikat prihatin tapi tau pulak dia nak marah bila orang lain xbersikap prihatin dengan dia.. hm... cukup2 aku hera,... lagi2 zaMAN SEKARANG.. ERA KORUPSI DAN SEGALA YANG HARAM BERLELUASA... YANG DIPERTANGGUNGJAWKAN TURUT MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG KORUPSI... HANCUS... TAPI BUKAN SEMUA.. SEBILANGAN... BESAR.... maaf untuk diperkatakan... bukan aku nak mengatakan diri ni lemngkap segala.. tak... tapi agar aku coret2 ni... aku menyedarkan diri sendiri dan ade jugak mesej yg dapat aku sampaikan pada orang lain.. mmng bakat penulisan aku ni berkarat.. tp aku ada hal untuk bersuara..

    


ok2.. berbalik kepada tajuk yang nak dirungkai ni... hm.. tah camne... alhamdulillah.. walau orang kate aku ni berselirat.. tapi aku syukur... tuhan dah kurniakan aku akal yg baik... tp kitakan hamba... lemah... tafsiran kita lemah.. sebilangan aje sedar kelebihan dan sebilangan lg anggp kelemahan.. mana2 la.. tiada satu pun manusia yang mempunyai tafsiran tepat melainkan yg dikurniakan allah kelabihan lain dari yang lain.. hm... rangkai kata 'PEMANASAN GLOBAL' dan kesannya, 'PENCAIRAN AIS DI KUTUB2 DAN KAITANNYE DENGAN PARAS AIR LAUT' ku singkap dan kaitkan dengan suasana dunia hari ni.. eh.. xperlu dunia.. cukup dengan masyarakat sekeliling diri aku aje... ini berdasarkan pengalaman aku.. dan kisah2 pengalaman orang yang berpengalaman.. aku xbole nak kata 'ORANG2 TUA' SEBAB APE....? SEBAB.., BUKAN USIA YANG MEMATANGKAN PEMIKIRAN SESEORANG TU.. TAPI..PENGALAMANLAH YANG MEMATANGKAN PEMIKIRAN TU.. aku cukup simpati bila dengar ade orang tua yang dinasihatkan dengan bnde yang benar tapi dia balas dengan ape? dengan ayat ni; "KO APE TAU? AKU MAKAN GARAM DULU.., AKU HIDUP DULU..." perasan tak akan kebangangan dalam ayat tu? maaf kata ye.., tpi... bg aku begini.. apa rasa garam? macam ne rasa garam? sama kan..? korang pernah rasa garam? pernah kan..? berubah ke rasa garam? tak... tapi kenape orang tua tu boleh melakukan kesilapan..? kenapa nasihat yang sepatutnye dia sedar kebenarannye ditolak? ha... ITU LAH BUKTI BAHAWA BUKAN USIA YANG MEMATANGKAN SESEORANG TU.., TP PENGALAMAN... LUAS KECIK PENGALAMAN ITU JUGALAH ANTARA FAKTOR YANG MEMATANGKAN PEMIKIRAN.. KALAU SLAH CEK DALAM BUKU FALSAFAH PASAL PEMIKIRANYANG MATANG.. KALAU SALAH PROFESSOR YANG KARANG BUKUT MMNG BELUM MATANG...

ish.. iklan lg aku selit klan.. ok2... balik pada tajuk.. ha... pemanasan global atau suhu bumi aku kaitkan dengan keadaan sekaliling.., termasuk budaya, cara hidup dan macam2... makin panas suhu tu, makin buruk lah keadaan.. kan? sape la yang suka panas2? ade ke? mmng fitrah kita taksuka panas.. sebab tu bila diazab nnt dengan kepanasan neraka dan isinye... ha... ais2 kat kutub pula aku samakan dengan hati2 manusia ni... lg pon kan fitrah kita.. manusai.. xsuka panas.. alah dengan panas dan bile panas pasang kipas atau air-cond... kan? ha..begitulah.. jadi.. kalau kita ni seorang yg peka dengan isu semasa.., peka dengan perkembangan semasa.. pasti kita biasa dengar tentang PEMANSAN GLOBAL.., PENCAIRAN AIS DI KUTUB, DAN PENINGKATAN PARAS AIR LAUT... SERTA KESANNYE...  tul kan? jika xpernah dengar gak.. maaf kata.. mmng orang yg x sedar siang malam.. ibaratnye lah.. hm.. memang macam2 punca suhu bumi ni naik.. kesannye sering diuwar2kan oleh para saintis dan pengkaji bumi serta dihebahkan dimana2 madia.. kerajaan pun ade inisiatif nak bendung masalah tu tp xcukup kuat.. pencemaran segala jalan cam byase aje... tapi.., bagaimana dengan pemanasan global yang kusifatkan sebagai keadaan zaman seakrag? sedar atau tak suasana sekarang memang hangat.., kes jenayah, dan sebagainye memang buat media semakin hangat... suratkhabar laku.., tv lg la.. menjadi tatapan on-time.. bukan sebab hioburan aje.. tp sebab isu semasa.. namun, brape kerat yg sedar? bila suasana dah makin hangat.. tambah2 budaya sekarang makin hangat senang kata suma hangat lah.. airtis2 makin hangat.. makin hangat mata memandang.. kan? ha.. maka.. ais2 yang kat kutub (hati2 yang kat tersorok di dalam badan ni) mula la sensitif.. ya.. hati memang snsitif terhadap stimuli/rangsangan tertentu.. sedangkan kalau okawan tu diusik dye merajuk orang akan kata 'SENSITIF'..kan..?
memng hati cukup sensitif.. dan.. nak kurangkan sensitif tu bukan dengan SENSODYNE atau COLGATE TOTAL... buakan juga guna LYSTERINE..




ITUKAN SEMUA PRODUK2 YAHUDI.. TAPI.. YAHUDI2 TU XPERNAH.., TAKKAN SESEKALI NAK KELUARKAN PRODUK UNTUK KURANGKAN MASALAH YANG MEREKA RANCANG UNTUK KITA.. APE MASALAH TU? MASALAH KERACUNAN BUDAYA.... MEREKA YANG BUAT RACUN2 TU.. MEREKA YANG FORMULAKAN SEJAK BERABAD2 LALU... KALAU XTAU TU MAKSUDNYE KORANG KURANG BACA PASAL SEJARAH.. BELUM CUKUP PRIHATIN BELUM CUKUP MCAM2... OK...? ok.. HATI2 KITA NI SUME IBARAT AIS...KNE ADE SUHU YANG SESUAI.. BARU BOLE KEKAL DALAM KEADAAN AIS.. DAN.., APE BNDE YANG BOLEH KEKALKAN AIS TU UTUH XCAIR..? TULAH DIA AL-QURAN DAN SUNNAH.. SUME LENGKAP.. TAPI ADE KE USAHA NAK GUNAKNNYE BIAR AIS2 NI XCAIR..? KURANG... CUKUO2 KURANG.. JADI.. MANELA TAKNYE AIS2 TU SUME CAIR... YANG BELI PETI SEJUK CUMA UNTUK DIRI SENDIRI... SEBAB.. ORANG ZAMAN SEKARANG MEMANG PENTING DIRI.. MAAF KATA LA.. TP TULAH SUASANANYA... LANGSUNG XDE TIMBANG RASA.. KALAU KATA STATEMENT NI SALAH.. BRAPE SANGAT ORANG YG BERSIKAP POSITIF CAMNI? CUKUP LA PENGALAMAN KORANG ADE KAT JALAN SESAK UNTUK SEJAM.. MCAM2 PERANGAI ADE.. SUME TERUNGKAI KAT SITU... DENGAN YANG XSABARNYE DAN MACAM2 LA.. HA.... pikir2kan... hati ni xpernah kukuh... sedang berdasarkan kisah2 sejarah sirah2.. kisah2 dulu.. yang berilmu tinggi, alim, dan kuat amal baiknye pon ade yang tersadung,.. tersungkur... ade yang bangun balik.., ade yang tidak.. kenapa? sebab hati2 kita belum kuat... takpernah kuat... tak pernah cukup keperluannye.. mcam kita... kene makan tiap2 hari. sebab itu keperluan.. macam hati juga.. sebab itu NABI S.A.W mengatakan bahawa baginda tinggalkan kepada kita 2 bnde yang mana jika kita pegang kedua nye macam gigit guna gigi geraham kita takkan sesat.. ape dye? al-Quran dan sunnah.. kenapa? sebab itulah makanan untuk hati.., makan untuk rohani.. tapi.., adake usaha tu sama macam usaha kita cari duit nak makan.., nak cukupkan keperluan kita? tak.. jawannye begitu.. sebab kita abaikan.. kita hanye cukupkan yang zahir.. yang batin tersiksa sebab xcukup keperluan... kebuluran.. makanan nye yang xcukup... kalau nak iibaratkanlah.. rohaniah kita zaman sekarang ni memang cukup2 kurus kedengking.. xsama.. zaman dalulu.. rohaniah orang2 beriman mmg tuff... muscular dan sebagainya... ha.. itulah perumpamaan untuk hati2 kita.. cAir.. denga kepanasan sensasi suasana zAman sekarang.., dipanaskan lagi denagn budaya reakaan yahudi untuk menghancurkan generasi muda... memangorang yahudi sangat memahami kita... memang memahami.. memahami kelemahan kita.. ape yang kita sukai.. bnde baik kita kurang suka.. yang menghiburkan itulah yang kita sukai.. kan? btul.. sy sndiri xmenafikannye...














itulah yang saya umpamakan sebagai pemanasan global... sambung balik.., bila ais2 tadi dah cair.., paras air laut mesti la naik... jadi ble naik.., yang kat tepi2 mula risau. hati gundah gulana... sebab ape? sebab macam2 masalah akan berlaku? sape golongan yang tinggal kat tepi2 tu..? golongan yang ada sedar... jadi dia akan terase... sape makan cili dye rase pedas.. sape yang peka terhadap isu terkini, dialah yang sedar kesannya.. dan.., yang te sedar2 tadi terus leka... tinggal aje kat tepi tu.. xnak berpindah.. katenye pemandangan pantai.. yang sedar terus berpindah ketempat tinggi... selamat... jadi.., bila paras air naik mendadak.. tambahan yg duk tepi tu memang xsedar diri.. lalai.. leka.. bila tiba2 bencana datang dye akan kucar kacir.., haru-biru.. sebab dah sedap2 duduk tengok laut biru cantik2 tiba2 laut tu bagi dye haru-biru.. ha.. biru terus.. biru kepala sebab takut masalahnye, takut kesannya, takut xselamat.. bila de masa xnak berpindah.. belum sedar.. sekarang bila dah terhantuk baru nak terngadah... sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna... baru nak bina tembok2 (sy umpamakan sebagai usaha2 kerajan dan agensi2 lain untuk bendung masalah) nak halang air dari banjirkan tampat musnahkan harta benda (harta itu, anak2, pemikiran, keselamatan, dan hidup yang baik) tetapi dah terlambat.. kalau air kecik bole la.. ni dengan ombak2 nye sekali... kan kita lihat anak2 muda yang rosak memang ramai.. masalah dan kes2 memang banyak.. memang teruk.. itulah perumpamaan untuk paras air naik dan kesannya....

tapi.. nak buat bagaimana.. masih ramai yang belum sedar diri.. ade orang kata "ape susah.. biarkan aje..." ha.. biarkan aje..? kalau kne kesannye? camne? lg2 pada diri sendiri dan keluarga tersayang... sayang seribukali syang.. simpati betul aku lihat mak bapak yang memang xprihatin dengan hidupnye.. camne anak2 tu dididik? msti xde ketegasan.. sebab ape..? guru yang kat sekolah nak rotan supaya sedar dimaki hamun.... ha.. nnt aku nak tgk.. mak bapak mana yang akan berani maki hamun bila aku jadi guru nnt... hm.. cukup2 pelik.. maaf untuk katakan.. itulah mak bapak yang memang lupa daratan, xreti hidup sebagai mak bapak.. marah ke? dah tu kalau xdididik dengan ketegasan, cikgu yg bg ilmu tu pon xdohormtai.. ape umpama guru bila diperlakukan camtu? bagaimana pemikiran mak bapak tu? ha.. itulah yg orang katakan 'mak bapak lembu'... akalnye ade.. tapin kurang digunakan.., otak ade... dah tu.., lembu tu xpe la... otak ade.. tp akal xde.. jadi seakan2 la mereka tu.. maaf kate ye.. tapi aku ni buat masa ni belum cukup kudrat nak bertindak denga kuasa.. dengan hati dan perantara penulisan aje lah aku mampu.. ini pun kualitinye belum dunilai SIRIM.. hahaha...  hm... tak tahulah.. tapi inilah aku... rase 'untuk bertanggjngjawab tu' xpernah putus berbisik pada aku untuk terus cari jalan camne nak tolong... camne nak solve.. mungkin sebab ibu bapa ku yang kusanjung melatih agar aku camtu... insyaAllah..  hm...

jad.. buat pembaca2.., yang mungkin tertaya2 dan pasti ade yang tak faham kan..? maaf kalau yang xfaham tu.. aku ni terbiase guna kiasan2 ni.. tp belum cukup level nak kemaskan segala kiasan tu.. kamus kiasan xjual. jadi perupamaan dari Akal yang dikurnia ni... aku cuba nak gunakan seoptimumnye... untuk cara yang baik... sejujurnye.,., inilah aku.. ape pon. terima kasih kerana sudi membaca... jelasnye, aku cuba untuk bangkitkan perkara yang masyarakat pedulikan ni.. iaitu.. keadaan anak2 muda masa sekarang ni...luahan ni bukan untuk mengatakan saya ni betul atau tahu serba.. tidak sama sekali.. tetapi sebagai renungan buat diri sy sendiri dan rakan2 yang sudi untuk merenung dan memikirkannya.. agar sama2 mentarbiah diri... maaf kerana jalannya sebegini.. kerana ini cara saya.. setiap orang ada jalnnye yang berbeza... jika ada salah silalah perbetulkan pada komen...


 anak2 perlu diasuh sebaikinye... jika kita sebagai meneraju masa akan datang tersadung xbangkit2 apelah jadi dengan masa depan kita nanti..? sape lg nak membela agama, bangsa dan negara kita nanti..? sape lg yang nak mempertahankannya jika semua terus hancur...? pikir2kan dan renung2kanlah...

cukup kot setakat ni.. sekian....

Saturday, December 25, 2010

Program Realiti TV hiburan untuk kanak-kanak? Ape lah jadi nanti ye?



 Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup sehingga kini. Moga peluang yg telah diberikan telah saya gunakan dengan baik. Dah lama blog ni xberisi dengan benda baru, idea terpendam lama.. harapnya isi yg dah berbuku lama ni xberubah kesegarannya. \

Hari ni nak ajak sume renungkan dan fikirkan tentang satu tajuk, ' Program Realiti TV untuk kanak-kanak langkah awal anak-anak kearah kejahilan dan kerosakan' ? hm... terbaca sy satu nukilan sahabat tentang program realiti tv yang semakin popular dan diminati ramai malahan, menjadi kegilaan muda-mudi, apatah lagi yg dewasa.. hm.. sekarang dah ade program realiti tv untuk kanak-kanak biar anak-anak tu pun jadi seperti mereka. kuliah-kuliah agama yg sy pergi pon ade membantangkan agenda yg dirancang dan dilaksanakan secara 'aktif dan menyeluruh' kat malaysia ni.sebelum menyelusuri tajuk lebih dalam, sy nak kongsikan satu perkara yg hakikinya tentang kita sebagai umat islam.



Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Dari sini, telah dapat disimpulkan bahawa sejak dari dahulu, orang-orang yahudi dan nasrani tidak pernah ‘mengenal erti penat lelah’ untuk menyesatkan kita sehingga kita semua tunduk dan mengikuti jejak langkah mereka dengan budaya-budaya yang merosakkan kita. Sedangkan, mereka sendiri tidak kesemuanya mengamalkan budaya dan bawaan itu kerana mereka hanya hendak merosak dan membinasakan bangsa-bangsa selain yahudi. Itulah hakikat yang kita sering lupakan sedang mereka telah lama merancang dan melaksanakannya dengan sabar dan berhati-hati. Kerana apa? Kerana jika mereka menggunakan kekerasan persenjataan, mereka akan dilihat kejam oleh dunia sedang PBB dan sebagainya itu adalah dalam pengaruh mereka. Jadi, apa lagi cara yang digunakan kalau bukan dengan perang saraf/pemikiran dengan bersenjatakan budaya yang menghancurkan akhlak dan keseluruhan aspek kehidupan lebih2 lagi umat Islam. Sekarang kita boleh lihat, kekerasan persenjataan digunakan tanpa tentangan, terhadap penduduk Islam Palestin. Kenapa? Sebab…, ‘berkat kesabaran’ mereka merancang untuk memusnahkan keteguhan jadi diri dan intergriti umat islam (pegangan terhadap hukum dan tuntutan dalam hidup seharian terutamanya solat) telah berjalan dengan lancer. Buktinya, rasuah dalam kalangan pemimpin telah menjadi ‘periuk nasi’ bagi pemimpin terlibat sebagai ‘pendapatan tambahan yang lumayan’ dan, untuk itu, hak2 rakyat dan sebagainya dikorbankan sebagai kos/modal & kesannya. Ha.. itulah yang berlaku.., tak payah nak tengok guru makan gaji buta, kerani ponteng pecah amanah, maksiat dan sebagainya lah.. kita tengok kepalanya aja sudah boleh menggambarkan yang dibawahnya, bak kata pepatah, indah khabar dari rupa…, nak tengok rupa di mana? Mana lagi kalau bukan dimuka… muka di mana? Di kepalanya lah. 








Baiklah, kita kembali pada tajuk utamanya..,
Scenario pada hari ini, majority rakyat Malaysia telah meresap hedonisme dalam diri mereka. Dah jadi pendinding yang kukuh dalam jiwa. Bila diajak ke majlis-majlis ilmu, pendinding (hedonisme) tadi bertindak sebagai anti virus yang akan memikirkan alasan yang kreatif dan inovatif untuk mengelak diri dari ke majlis ilmu td.. tetapi, cuba diajak ke karnival atau pesta-pesta yang menyediakan pelbagai hiburan dan sebagainya, pasti laju sahaja... pelikkan? Tapi itulah hakikatnye, dan perkara sebegini sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita.. bila disebut sahaja pasal majlis agama, apa yang terbayang ialah bendera hijau putih yg merujuk pada parti politik. Begitulah sebaliknya. Politik yang diamalkan di negara ini sudah kelihatan sebagai politik yang memecah belahkan dan tidak sekali bersifat sebagai parti politik untuk membentuk kesatuan rakyat. Sebaliknya, ia bertindak sebagai pembentuk puak2 parti politik yang saling bercakaran yang tidak berkesudahan. Sebagai seorang belia, saya cukup meluat melihat senario begini, dua2 sama sahaja... pengikut2nya dah lari dari misi yang dibawa untuk menyatukan.  

Berbalik pada tajuk utama, kebanyakan ibu bapa masa kini telah menyingkap perkara sebanar bahawa mereka membentuk rumah tangga tanpa asas yang kukuh. Apa lagi asas utama keluarga islam kalau bukan pengetahuan agama yg cukup dan pengetahuan tentang keibubapaan. Kesian melihatnya, bila ibu bapa dah begitu, apatah lagi dengan anak-anak ? kekurangan pada ibu bapa tadi akan menyebabkan senarai ‘keperluan dan perancangan’ untuk keluarga dan anak tidak lengkap. Misalnya, keperluan terhadap pendidikan agama. Kemungkinan besar, anak-anak tadi tidak dihantar untuk ke sekolah agama. Dan, kesannya terhadap anak-anak itu dalam jangka masa panjang boleh kita jangkakan. Dan, boleh dikatakan , ibu bapa sedemikian menghadapi situasi yang sama sewaktu kecil. Siapa yang perlu dipersalahkan? Tepuk dada tanya diri sendiri la.. kalau xboleh jawab ketuk kepala.. 

Kita boleh lihat pelbagai kemungkaran, maksiat, dan aksi-aksi tidak senonoh dan seangkatannya yang dipaparkan oleh perserta realiti tv berbentuk hiburan dan kroninya. Tak mustahil penontonnya tidak meniru aksi-aksi yang ditayangkan. Jadi, siapa yang ajar masyarakat aksi-aksi dan gaya baru? Artis bukan muhrim berpelukan, bergaul bebas dan sebagainya, termasuk yang mengaku islam! Menjadi santapan mata penonton, jadi apa respon penonton? Ade yang diam buat-buat biasa, ade yang bersorak, dan ada yang menentang dan membenci. Kalau dahulu, penyanyi kumpulan rock yang berambut panjang tak boleh ‘tunjuk muka’ kat kaca tv, tapi sekarang bole, kalau dulu rancangan2 tv ditapis, kini pekerja yang tapis2 dah bosan, dah takde. Jadi, ape yang ada dalam cerita itu yang dipaparkan. Artis-artis kalau dipersoalkan tentang bab-bab agama dan hukum boleh menjawab denga hujah sendiri, hukum agama rekaan sendiri dan mempersenda lagi. Hebat kan artis-artis zaman sekarang? Ya.. btul... hebat..
Itulah contoh yang ditatapkan pada anak-anak muda, itulah contoh-contoh yang diajarkan kepada kanak-kanak lagi-lagi yang ingin ‘menceburi bidang seni’ kononnya. Bukan untuk menghina bidang seni, tapi ini hakikat masa kini. Kan? Bila program realiti tv untuk golongan muda dan dewasa dianjurkan, terlintas idea kreatif untuk menghancur bangsa sendiri dari asasnya, maka wujudlah program realiti tv hiburan untuk kanak-kanak.... idea disambut dengab penuh terbuka. Ibu bapa berebut-rebut melatih anak, menggalak agar anak-anak tadi menyertai program tersebut dengan ‘aktif dan proaktif’. Sanggup berbelanja besar untuk itu, jalan hiburan.., tapi bila disebut pasal jalan agama, jalan jihad, perjuangan agama... ha.. jawapannya pembaca sekalian boleh agak kan? Itulah yang berlaku sekarang. Bila dipersoalkan oleh sesetengah media, alasannya, program ini untuk mencungkil bakat anak-anak dalam bidang seni, menggalakkan anak-anak mengikuti aktiviti yang membina, mengelakkan mereka dari terlibat dengan aktiviti tak berfaedah dan macam-macam lagi, alasan yang boleh dikarang oleh pelajar sekolah rendah. Tetapi, bagaimana dengan didikan, galakan, kesungguhan dan keprihatinan ibu bapa tadi untuk memastikan anak-anak itu mengambil bahagian dalan aktiviti/program yang mendidik jiwa beragama, asas-asas agama, asas mengaji, asas bacaan al-Quran dan sebagainya.. ? ha.. semua boleh jawab dengan tepat.. kn? Anak-anak tadi dibentuk hidupnya dengan asas hiburan melalaikan, bila dah asas itu yang diterapkan, bagaimana dengan mentaliti anak itu? Sudah pasti hiburan yang ditagihnya.., bila itu yang berlaku, bagaimana minat belajar nak diterapkan dalam jiwa mereka? Ha.. kesannya semua boleh teka..., pikirkanlah..., mana lebih banyak.., positif ke yang negatif?  Penganjur dapat untung, penonton dan yang support dapat hiburan.., anak-anak tadi dapat ape? Jikalau anak-anak itu dah ade asas yang mantap, didikan dah cukup, boleh dikawal dan sebagainya, itu tidak mengapa... tetapi majoriti yang lain bagaimana? HANCUR.... ha.. itulah kesan yang tidak difikirkan ibu bapa yang menggalakkan anak2nye untuk itu... kesannya bukan pada anak-anak yang turut serta.., tetapi, anak-anak yang menonton yang terpengaruh pula bagaimana? Angan2 dah tentu satu kemestian. Jadi, kecik2 dah diasuh begini, tidakkah besarnya jadi remaja rosak seperti sekarang? Ya! Akan jadi seperti yang rosak jika tidak diasuh dengan baik, rosak jika tak dibendung yang salah.

                                                        

                                                  
Jadi, sama-sama kita fikirkan, mana perlu dan yang mana tidak. Renungkanlah kembali, daripada mana asal, daripada mana punca kesan sekarang ini berlaku. Bagi yang sedar teruskan, tetapi, bagaimana yang masih asyik ? mereka masih dibelenggi hedonisme. Kini, yahudi dan nasrani boleh duduk goyang kaki melihat kejayaan mereka yang berjaya menghancurkan anak-anak muda. Bila yang penyambung ni dan hancur semua siapa lagi nak teruskan? Yang atas jangan di kata.., semuanya dah reput! Korupsi dan macam2.. alat2 yang mereka gunakan memang halus tatapi efektif! Kita yang berkesedaran ini, pantau2 lah adik2 kita, keluarga kita, kalau ada yang terikat kita tegurlah... agar mereka tidak terus terpesong panduan. Saya tiada motif untuk membangkit isu politik atau menghina mana2 pihak sebaliknya menyuarakan yang berbuku di benak saya agar anda mendengar dan tahu akan kewujudan perkara ini. Jadi, masing2 boleh fikirkan awal2 dan ambil tindakan sepatutnya. Ini ialah cara saya, jika salah betulkan. Semoga mesej yg terkandung dalam luahan ni dapat anda tafsirkan secara bijak. Semoga yg baik dapat diambil, yg xperlu ditinggal sahaja. 

Sekian...