Sungguh indah lagi Maha Agung pencipta dunia ini. Dalam kehidupan disisipkan nilai dan bukti kekuasaanNya agar yang waras dan berakal dapat memahami dan mengetahui siapakah Penguasa Alam ini...
Monday, March 14, 2011
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).
Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana boleh merosakkan
silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan
umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Hal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'JANGAN' sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari ALLAH juga tetapi disandarkan kepada kelemahan hambaNya. Bersama-samalah kita ambil pengajaran dari peringatan ini, inshALLAH~
Sunday, March 13, 2011
Tidak ada jalan untuk maksiat..
"Apa itu, wahai Abu Ishak?, tanyanya.
"Pertama, manakala dirimu akan melakukan maksiat, janganlah makan rezeki Allah".
"Manakala di seluruh penjuru bumi, baik di barat mahupun di timur, di darat mahupun di laut, di kebun mahupun di gunung merupakan rezeki dari Allah, terus dari mana aku makan?"
"Wahai saudaraku, pantaskah kamu memakan rezeki Allah, sedangkan dirimu melanggar peraturanNya?"
"Tidak, demi Allah. Kemudian apa yang kedua?"
"Yang kedua, manakala kamu bermaksiat kepada Allah, janganlah bertempat tinggal di negeri-Nya."
"Tuan Ibrahim, demi Allah, yang kedua ini lebih berat, bukankah bumi ini milikNya? Kalau demikian, di manakah aku harus tinggal?" tegas lelaki itu
"Patutkah kamu makan rezeki Allah dan bertempat tinggal di bumiNya sedangan dirimu melakukan maksiat kepadaNya?"
"Tidak pantas wahai tuan guru," jawab sang lelaki.
"Ketiga, manakala dirimu hendak melakukan maksiat, jangan melupakan Allah Yang Maha Mengetahui segala rahsia dan melihat setiap gerak hati nurani," tegas lelaki itu.
"Layakkah manakala dirimu menikmati rezeki Allah, bertempat tinggal di bumi Allah, dan melakukan maksiat kepada Nya sedangkan Allah melihat dan mengawasi perilakumu?"
"Tentu saja tidak, wahai tuan guru. Terus apakah yang keempat?", tanya lelaki dengan penuh harap.
"Yang keempat, manakala malaikat maut datang kepadamu, hendak mencabut nyawa, katakanlah kepadanya, "Tunggu sebentar, aku akan bertaubat." "Tuan guru, hal itu sangat mustahil! Dan permintaan itu tidak bakal dikabulkannya," jawab sang lelaki.
"Kalau dirimu sedar, bahawa tidak boleh menolak keinginan malaikat maut (‘Izrail) sedangkan dia akan datang kepadamu bila-bila saja. Barangkali sebelum dirimu melakukan taubat, " tutur Ibrahim.
"Benar apa yang tuan ucapkan. Terus apa yang kelima?", tanya sang lelaki
"Yang kelima, manakala malaikat Munkar dan Nakir datang kepadamu, tentanglah dan lawanlah dengan segala kekuatan yang ada, manakala dirimu mampu."
"Itu suatu hal yang sangat mustahil lagi, wahai tuan guru."
"Yang keenam, manakala kelak dirimu berada di sisi Allah, dan Dia menyuruhmu masuk neraka, katakanlah, "Ya Allah, aku tidak bersedia masuk ke dalamnya", tegas Ibrahim bin AdHam.
"Wahai tuan guru, keenam perkara itu sangat berat. Cukup, aku telah sedar dan mengerti". Lelaki itu pun segera meninggalkan Ibrahim bin Adham dengan hati lega, dan menambah kesedaran dalam hatinya.
Kebajikan adalah budi pekerti yang baik dan dosa adalah apa-apa yang meragukan (pada) dirimu dan engkau tidak suka diketahui orang lain (dalam melakukannya). (HR Muslim)
Kebajikan itu adalah apa-apa yang jiwa dan hatimu tenteram kepadanya, dan dosa adalah yang jiwa dan hatimu ragu-ragu terhadapnya, walaupun orang-orang memberi fatwa padamu serta membenarkannya. (HR Ahmad dan Ad Darimi)
Saturday, March 5, 2011
Sunnah Rasulullah ketika makan dan minum
1) Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
- Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
- Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
- Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
3) Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas semasa kita minum, kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air. Dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Subscribe to:
Posts (Atom)