Monday, November 1, 2010

Bercinta dan Couple berdua-duaan penyumbang besar kepada pasangan yang ‘terlanjur’?...MUST READ

BERCINTA SEBELUM NIKAH TANPA ADA MATLAMAT DAN BERCOUPLE BERDUA-DUAAN ADALAH JALAN UNTUK MENGHAMPIRI ZINA...


Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-mana web dan blog. Pada dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalangan remaja-remaja berumur 18 tahun ke atas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan bukan?

Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta untuk mereka yang belum berkahwin.

Pasangan ber'couple' akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah persedian dalam menghadapi rumah tangga. Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat ‘bahagia’nya, maka timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’ dan ‘makan tak kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak kira berjumpa, ber’SMS’, ber’YAHOOMASSENGERr’ atau/dan ber’FACBOOK’ untuk MEMENUHI PERASAAN RINDU yang terpendam dalam hati masing-masing. Proses ini berulang-berulang berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkannya gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya budaya ini, COUPLE -PUTUS, COUPLE -PUTUS, COUPLE -PUTUS, sehinggalah dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin.

Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan 'peristiwa' yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’. Agak pelik bukan bagaimana 'peristiwa' sedemikian boleh berlaku secara tidak sengaja sedangkan proses-proses yang dibincangkan tadi memang menjurus kepada 'peristiwa' itu. Apabila berlaku 'peristiwa' itu, pihak yang beruntung sudah tentu salah satu kaum dari pasangan terbabit yang dipanggil lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai nikmat atas nama ‘cinta’. Tetapi yang bakal merana, menanti kesudahan peristiwa itu tidak lain adalah kaum hawa.

BERIKUT ADALAH PENGAKUAN GADIS YANG TERLANJUR DENGAN BF MEREKA GARA2 MENGEJAR CINTA AKHIRNYA HANYUT DENGAN PERBUATAN JIJIK ZINA INI...

pengakuan 1


# NIZA, 16, dari Pahang

“SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.

Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.

Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya(perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung

********************************************

pengakuan 2

# SARAH, 15, dari Selangor

“TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?

Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.

Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.
Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan seorang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.

Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.

Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”

************
Tidak hairanlah jika zaman mak bapa kita dulu, apabila tersebarnya kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia dalam lingkungan 18 tahun pun sudah heboh satu kampung. Tetapi pada hari ini, kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia 13 tahun sudah menjadi lumrah kehidupan, sejajar dengan tersebarnya budaya couple di kalangan mereka. Dan akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya seolah-olah suatu pelakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka yang ber'couple' bakal melalui proses-proses ke arah 'terlanjur', lebih molek jika digantikan dengan istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang sudah mengetahui bakal 'tak sengaja melanjur'? 

WAHAI KAUM MUSLIMAH, tidak sedarkah kalian, di sebalik anda semua mengejar cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya. Anda sering berdalih mengatakan pasangan anda berbeza dengan yang lain, baik dan segala pujian buat mereka, tetapi selang berapa lama kemudian, lelaki yang dikatakan berbeza itu akan menjadi tidak berbeza pula. Ketahuilah jika anda kata pasangan anda adalah ‘baik’, yang sebenarnya sebaik-baik insan itu adalah mereka yang tidak terjebak dalam budaya yang menjurus kepada ‘terlanjur’ ini.

Allah telah berfirman, 
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur :26)



SEDIKIT ULASAN DARI ADMIN

Mereka yang bercinta dan terjerumus kepada bercouple berdua-duaan sememangnya tidak sunyi dari pada melakukan aksi ringan-ringan dengan kekasih...mereka tidak berasa malu malah berbangga dengan melakukan aksi2 yang memalukan dikhalayak ramai...percayalah mereka yang bercouple ini tidak sunyi dari melakukan pelbagai bentuk zina sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w

Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,)

Kadang2 mereka yang bercouple ini tahu bahawa BERCINTA DAN BERCOUPLE ini boleh menjerumus kepada PENZINAAN...akan tetapi disebabkan perasaan CINTA,SAYANG, RINDU, yang selama ini terpaut didalam hati kecil mereka yang bercinta ini, membuatkan mereka tidak sanggup menguriskan hati kekasinnya dan tidak sanggup melawan hawa nafsu sehingga terjebak melakukan ZINA untuk membuktikan cinta mereka kepada kekasih mereka sedangkan kekasih anda itu sebenarnya mahu menghancurkan hidup anda dengan menggunakan tiket CINTA ,AYAT MANIS, JANJI MANIS dan sebagainya...

Wanita yang merelakan dirinya dibawa oleh kekasih sebenarnya diri anda sudah sedikit sebanyak hilang rasa malu dalam diri dan sedikit sebanyak maruah anda tercalah tanpa anda sedari... kekasih anda yang selama ini mengajak anda bersiar2, brcouple sebenarnya kekasih anda itu adalah seorang yang DAYUS...membiarkan diri dipergunakan untuk melakukan maksiat dan anda wanita merelakannya diri dipergunakan...sedarlah kalian janganlah kamu mengkufuri nikmat cinta yang Allah s.w.t berikan kepada manusia...gunakanlah cinta itu kearah yang mengikuti syariat Islam...betapa berjayanya orang kafir barat yang selama ini telah membawa budaya bercouple, seks bebas dan berzina, melahirkan anak luar nikah ini ke dalam hati remaja2 Islam yang selama ini mereka tidak sedar akan perbuatan mereka itu telah dipengaruhi oleh budaya barat...

Kami bersolat 5 waktu, kami menutup aurat,kami patuh pada ibu bapa, kami x mencuri, dan tak kacau orang...kami cuma Bercouple je dengan pasangan kami, kami pn mahu bercinta macam orang lain kami x berzina pun...?

 MAAF! kami tidak menuduh awak berzina tetapi awak MENGHAMPIRI ZINA dan akhirnya boleh terjbak kepada PENZINAAN
bukan itu sahaja, anda juga sebenarnya telah berjaya menipu ibubapa anda, menipu keluarga dan menipu masyarakat...wang pinjaman PTPTN habis dibelanjakan dgn buat duit topup, berlanja keksih makan...dan sebagainya...anda pergi berdating dengan pasangan anda berdua2 an tanpa memberitahu ibubapa kerana takut ia adalah satu kesalah...dan dari situ anda telah berjaya menipu ibubapa anda yang selama ini membesarkan anda dengan penuh kasih sayang akan tetapi kasih sayang yang ada pada diri anda itu telah anda manfaatkan dijalan yang salah...anda beri kasih sayang, rindu, cinta kepada kekasih anda yang sebenarnya ia tidak punya hak apa keatas diri anda malah ia sebenarnya cuba nk merusakkan anda dengan menggunakan pelbagai helah supaya anda tunduk dangan ajakan nafsu kekasih anda itu...

Ingatlah mereka yang mengetahui bahawa perbuatan zina ini adalah suatu perbuatan keji dan mereka melakukannya juga...maka disini Rasulullah s.a.w bersabda:

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

INGATLAH : Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menzalimi manusia itu, tetapi manusia itu yang menzalimi dirinya sendiri...

OLEH ITU IKUTiLAH SYARIAT PASTI ANDA SELAMAT SEKIAN ^_^


souce:http://ibnuabbas2009.blogspot.com/2010/10/cinta-terlanjur-dan-melanjur.html






jauhi maksiat...no couple...
hindari maksiat...
berzina di taman di khalayak ramai tanpa ada rasa malu
no couple until nikah

1 comment:

  1. xde pekdah kapel2 ni...
    klu kapel bgai nk rak pstu kawin..maybe kurang kmanisn brumah tangga

    so, hindarilah kapel...

    ReplyDelete