Wednesday, February 13, 2013

DIMANAKAH MARTABAT CINTA KITA KEPADA BAGINDA S.A.W.



Allah..

Setiap hari cukup kerdil diri ini dirasakan
Masakan tidak, 
Setiap hari diperlihatkan betapa jauhnya diri ini.
Sungguh memalukan
apabila diri mengaku mencintai dia,
kekasih Allah,
insan termulia di sisi zat AGUNG MAHA PENCIPTA.
Namun, 
berapa cebis daripada setiap amalan 
yang mampu membuktikan kecintaan pada baginda?

Adakah lisan sentiasa basah berselawat mendoakan kemuliaan baginda?
Adakah hati sentiasa lembut lentur mengingati baginda?
Adakah jiwa ditundukkan menghayati setiap detik perjuangan baginda?
menghayati setiap detik cinta baginda kepada kita umatnya?
Bagaimana pula dengan setiap anggota badan?
adakah ia digerakkan untuk mengamalkan sunnah2 baginda?
adakah ia diarahkan untuk melakukan aktiviti harian 
mengikut acuan sunnah baginda?

Allah..

Dhaif sekali cinta yang kami miliki ini.
Kotor sekali hati yang berada dalam jasad ini.
Rendah sungguh martabat jiwa ini.

Masakan tidak,
terkadang cinta beralih kepada suatu ciptaanMu 
selain baginda S.A.W. dan zatMu YANG MAHA MULIA
Di lewahkan cinta itu kepada makhluk yang cukup rendah.

Terkadang hati dipintas 
niat yang merosakkan kemurniaannya.
Terkadang hati dihasut nafsu yang tak terdidik oleh akal dan rohani.
Terkadang hati menurut runtun amarah.

Jauh sekali untuk dibandingkan 
dengan jiwa para solihin,
dengan jiwa para mujahidin,
dengan jiwa siddiqin,
dengan jiwa syuhada'
Mustahil pula para anbia'.

Dalan jiwa2 ini
adanya 'asi,
adanya munafik,
adanya mazmumah.
Cuma masih belum menyentuh kekafiran.

Allah..

Tiadalah mampu lisan ini memuja muji zatMu dan kekasihMu sebagai mana ahli abid,
apatah lagi sahabat2 baginda S.A.W
Tiadalah mampu hati ini mencintai nabi setinggi cinta para sabahat,
Tiadalah mampu jiwa ini menandingi jiwa jihad para panglima2 perang Islam terdahulu,
Tiadalah mampu tubuh ini melaksanakan sunnah baginda S.A.W. seperti mana para sahabat melaksanakannya, 
jauh sekali peluang berkhidmat kepada baginda S.A.W. 


maka Ya ALLAH,

TERIMA DAN SAMPAIKANLAH PADA BAGINDA S.A.W 
akan setiap ;
ZIKIR DAN SELAWAT KAMI,
DETIK DAN CETUSAN HATI YANG MENGINGATIMU DAN BAGINDA S.A.W. ,
SUNNAH2 BAGINDA YANG KAMI AMALKAN,
SETIAP TITIS AIR MATA YANG MENGALIR KERANA KERINDUAN
PADAMU DAN BAGINDA S.A.W.,

rezkikan dan bantulah kami
Agar lisan kami sentiasa dibasahi selawat kepada baginda, 
Untuk sentiasa ada pada hati dan jiwa kami
akan kerinduan pada baginda S.A.W.,
Agar ada bayangan baginda dalam setiap tindakan dan tutur 
agar sentiasa dimurnikan mengkut sunnah baginda S.A.W.,
PANDUILAH KAMI UNTUK SENANTIASA ADA DIJALAN 
YANG MEMBAWA KAMI MENUJU DESTINASI 'PENERIMAAN KAMI SEBAGAI UMAT BAGINDA MUHAMMAD S.A.W.

sungguh Ya Allah,
ENGKAU telah menyaksikan kelemahan dan kehinaan kami,
ENGKAU telah menyaksikan cebisan2 kecintaan kami kepadaMu dan Baginda S.A.W.
meskipun ia dibalik segala kemaksiatan, kemungkaran dan kejahilan kami.
Sungguh ENGKAU MAHA MENGETAHUI
akan segala isi hati kami.

SUNGGUH, RAHMATMU MENGATASI KEMURKAAN MU

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

T_T