Sunday, November 21, 2010

Bagaimana Bidadarimu?


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.
- Artikel iluvislam.com

Saturday, November 20, 2010

::Perhatikan Sejadah Anda!!::



Freemason



Artikel ini juga telah dipetik dari 'efairy-holywar' dan beberapa rangkaian blog lain yang pernah ditutup oleh pihak tertentu kerana memdedahkan rahsia sulit 'The Elite'.Walau bagaimanapun pendedahan ini akan terus dibuat demi menyelamatkan kesucian dan maruah Agama Islam.Mungkin ramai yang telah mengetahui perkara ini.Namun sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu!!.Ini sangat penting demi memelihara akidah anda.

Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.Apa yang menariknya disini?Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah :

Master Carpet Freemason1


Freemason - Mater Carpet



Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;

1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor2) Bintang dan Bulan3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.

Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.Sila perhatikan betul-betul.


Sejadah dengan 3 ciri freemason ; checkered floor,bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)



Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.



Berikut adalah contoh sejadah yang mempunyai 3 ciri freemason iaitu (GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz

Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye (mata) dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.

Lodge Freemason



Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.


Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.

Lodge Freemason (zoom in)



sekali lagi bandingkan dengan sejadah dibawah ;

Sejadah yang terdapat 3 ciri2 freemason iaitu : GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz




Inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar.Mereka akan mnjadikan KITA SESAT DALAM KEADAAN BERIMAN .Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam)." Al-Baqarah 109



Saya akan menghuraikan beberapa istilah diatas yang berkemungkinan mengelirukan anda :

1) Freemason

- Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

2) Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor

- Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)

3) Bulan dan Bintang

- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

4) All seeing eye

- Simbolik/propoganda "The Hidden Hand/Dajjal" seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.



“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.Bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan).

WALLAHUALAM

Tuesday, November 16, 2010

Bani Israil - Bangsa Yang Berjiwa Besar

Mengapakah kaum ini begitu bercita-cita besar dan berjiwa besar?

Sekurang-kurangnya ada 4 perkara yang mendorong mereka.

1. Mereka menganggap bahawa mereka ini anak Tuhan.
Anak Tuhan tidak boleh duduk di bawah bangsa lain yang bukan anak Tuhan, yang lebih rendah martabatnya. Keyakinan ini dididik sejak pra-sekolah lagi.

2. Mereka menganggap mereka berbangsa paling mulia di dunia, iaitu Arya.
Maka datanglah satu keyakinan dan cita2 perjuangan yang besar, di mana mereka tidak akan sanggup duduk di bawah bangsa2 yang hina.

3. Mereka berketurunan Nabi-Nabi.
Keturunan kebanyakan para Nabi adalah dari Bani Israel.

Fakta ini memang benar.

Mulai generasi ketiga Nabi Ibrahim dan seterusnya, Nabi-Nabi yang bukan dari Bani Israel adalah hanya Rasulullah SAW yg berketurunan Nabi Ismail as.

Keturunan Bani Israel adalah dari Nabi Ishak as.

Ini menjadikan mereka berfikir bahawa keturunan Nabi-Nabi yg ramai itu tidak boleh berada di bawah bangsa lain. Keyakinan ini diasah sejak pra sekolah lagi.

4. Mereka berkeyakinan semua bangsa akan masuk neraka kecuali Yahudi, jika masuk pun sekadar enam hari.

Walaupun keyakinan ini karut, ia sudah tertanam dalam minda bangsa mereka.

Mereka berjuang sejak ribuan tahun, pengalamannya luas, ilmunya banyak dan mereka cerdik.

Mereka tidak ramai [ antara sebabnya adalah Holocaust] tetapi hidup merata-rata dalam kumpulan kecil.

Yang nampak besar sedikit jumlahnya itulah di tanah2 Palestine yang dicerobohi.

Mereka ada trademark.

Mudah sahaja, jika bangsa Caucassian yakni orang kulit putih hidungnya tajam, orang Yahudi pun sama tajam dan mancungnya tetapi sedikit bengkok.

Mereka tidak boleh menyorok, kecualilah Yahudi kacukan.

Yahudi sejati hidungnya tajam dan bengkok.

Mereka bangsa tua yang sangat memahami hal-hal agama, ajaran samawi, juga sejarah.

Selain cerdik dan pintar, mereka selalu berfikir, mereka faham bagaimana mahu berjuang.

Mereka berjuang penuh bijaksana dan berdasarkan ilmu, walaupun bangsa mereka tidak ramai.

Otak mereka menguasai dunia, mereka berjaya memecah belah bangsa lain supaya dikawal mereka.

Mereka tidak menguasai dan menjajah secara langsung, tetapi menjajah secara ideologi.

Kebanyakan ideologi2 di dunia ini adalah ciptaan Yahudi yang diamalkan seluruh dunia.

Antaranya adalah: Komunisme – Ciptaan Karl Marx, seorang Yahudi.

Kapitalisme Nasionalisme Sosialisme Demokrasi (antara beberapa idealogi ciptaan Yahudi)

Sebahagian ideologi2 ini ada berkaitan untuk merosakkan akidah manusia.

Mereka yang mencipta teori2 ini pun tidak meyakininya.

Sesiapa yang yakin dan amalkan adalah orang yang bodoh, orang cerdik tidak akan yakin.

Contohnya teori Darwin yang bijaksana – sebenarnya dia sendiri tidak yakin dengan teorinya.

Ini adalah satu alat untuk memperbodoh2kan dunia.

Maka akhirnya bergaduhlah pendokong2 ideologi2 ini sesama sendiri.

Bahkan dalam ajaran Islam fikrah2 Yahudi diselit2kan di dalamnya.

Maka wujudlah Islam militan, Islam liberal, Islam demokrasi, sosialis, pasif dsb.?[Tidak termasuk sulaman2 yang ditusuk dalam pemahaman wahabi, qadiyani dsb]

Bahkan di Amerika sendiri seluruh sistemnya adalah sistem Yahudi.

Ekonomi dan cara berfikirnya sudah dipengaruhi Yahudi, sedangkan Yahudi tidak ramai di sana.

Sebab itu mana2 bakal Presiden, jika tiada darah yahudi atau bukan pro Yahudi, samada tidak naik menjadi Presiden atau jika menjadi Presiden, akan dibunuh.

Golongan ini ada jentera tersendiri untuk menaikkan Presiden yang berbangsa Yahudi atau pro-Yahudi.

Contohnya John Ferdinand Kennedy mati ditembak kerana dia bukan kroni Yahudi.

Yahudi juga mencipta riba untuk diamalkan satu dunia ..supaya cepat mendapat untung.

Mereka menguasai ekonomi orang lain.

Padahal sesama mereka berniaga, mereka mengharamkan riba.

Begitulah bangsa yang bercita2 besar ini dapat merealisasikan perjuangan yang dapat menguasai dan menakluk dunia.

Suatu bangsa boleh menjadi kuat kerana ada cita2 besar..samada atas dasar ideologi, cita2 bangsa atau cita2 agama.

Jika suatu bangsa itu ramai tetapi tiada cita2 besar, sekadar cita2 cari makan, itu tidak kuat.

Buat masa ini ada dua bangsa yang memiliki cita2 besar iaitu Yahudi dan Islam, malangnya umat Islam cita2nya sudah mati sejak 700 tahun lepas.

Kekuatan orang Islam adalah pada Allah tetapi bagaimana orang Islam hendak membangun dan maju, sedangkan hendak menyebut nama Allah dan mempromosikan cara hidup Islam pun malu?.

Sedangkan Allah itu pemilik dunia dan akhirat..

~ fikir – fikirkan ~




Sunday, November 14, 2010

Adam.....



Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.


Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.


Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam..
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi...
aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun..
terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran
ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah
seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa?
Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid b*d*h,
guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu,
pada hematku yang dhaif ini
Adam, seharusnya kau tanya dirimu,
apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.



\

Saturday, November 13, 2010

10 KELEBIHAN COCA COLA ?

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa 
cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..


Friday, November 12, 2010

Solatlah Di Mana Sahaja


Solat adalah tiang agama.

Barang siapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia telah meruntuhkan agama.

Merupakan sebahagian daripada rukun Islam dan ibadah yang paling penting.

Tidak sempurna solat kita tidak sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.

Pada hari kiamat, solatlah yang akan dihisab dahulu. Solat tak lepas, amalan-amalan baik yang lain tidak akan lepas.

Rugi berpuasa setahun, bersedekah sejuta ringgit, buat haji setiap tahun kalau solat lima kali sehari semalam tidak sempurna.

Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, lebih 70% rakyat Malaysia tidak sempurna solatnya sehari semalam. Nau'zubillahi min zalik

Ingatlah kasih Allah yang mengurangkan jumlah solat 50 kali sehari kepada hanya 5 kali sehari semalam.

Solat wajib dilakukan tidak kira masa tidak kira di mana sekalipun.






















Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air."

Hadis yang lain: "Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana sahaja ia dapat. Ditambahi lagi oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bahawa keseluruhan bumi ini adalah masjid untuk umatnya dengan sabda beliau: Di mana sahaja kamu dapati solat maka kerjakanlah ia. Semua tempat adalah masjid (bagi kamu).

Solat boleh dilakukan tidak kira di mana sekalipun asalkan tempatnya bersih dan suci. Oleh itu umat Islam haruslah sedar akan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Hikmah solat boleh ditunaikan di mana sahaja ialah supaya umat Islam mementingkan kebersihan tidak kira kebersihan hati, diri, rumah, dan alam sekitar.

Realiti hari ini tidak banyak negara Islam yang bersih, rata-rata negara Islam kotor, tidak terurus, penuh dengan sampah dan umat Islam dianggap umat yang pengotor jika nak dibandingkan dengan orang kafir yang terkenal dengan sifat pembersihnya dan sukakan kebersihan.

Umat Islam patut menjadi juara dalam kempen-kempen kebersihan yang sekarang ini banyak didominasi oleh orang non-muslim.

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

-http://janganlahtengok.blogspot.com-

Peringatan Buat Muslimah, Dan Kaum Adam.. Ini Untuk Perhatian Mu




Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


Renung-renungkan dan selamat beramal!

Mengapa Lambang Bintang 6 Ada Dalam Masjid Al-Aqsa





JUMAAT 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun. Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.

Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula. Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya. “Aku tahu apa yang engkau fikirikan” kata beliau.

“Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan?” Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala. Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa. “Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada,” katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

“Emmm, kenapa ya?” Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

“Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini “. Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

“Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel .” Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu. Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah. Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi.

Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah. Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan. Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka.

Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama’: “Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .

"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman”

sumber asal: http://muhdhazrie.wordpress.com

Tambahan panglima:
"Lambang Bintang 6 Juga ada pada Masjid Zahir , Alor Setar." Berdasarkan sejarah...masjid dibina pada 1912, maka isreal belum wujud di plastine..maka ianya tiada kaitan dengan bendera israel.