Monday, November 1, 2010

Hakikat sebenar CINTA SEBELUM NIKAH...


Mereka lelaki dan perempuan yang sedang bercinta INGATLAH
*************************
-pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu

-menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya utk melupakanku drpda-Nya

-hati akn t'siksa dengan barah rindu yang boleh merosak jiwaku

-rindu palsu akn membelenggu minda hingga ia t'jajah dan t'hina d'bawah jajahan syaitan

-cinta lalai akn menyebabkanku alpa drpa mempersiapkan diri utk keperluan dunia dan akhirat

-aku boleh menjadi tak rasional b'fikir jika benar-benar mabuk cinta

-fitrah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal,jiwa dan perasaan

-jiwaku t'ganggu dalam menilai yang mana baik, mana yang buruk utk diriku

-jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya



Nauzubillah !!
Subhanallah !!
Astaghfirullah !!

firman allah swt:

"Wahai wanita–wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar.. Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,"

“katakanlah pada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu lebih suci bagi mereka..sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”

ingatlah kalian berdasarkan Hadis Nabi s.a.w

Apabila rijal dan nisa’ berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dankeadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."


Bercintalah keranaNya berdasarkan Hadis Nabi s.a.w

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari.

**************
APABILA CINTA SUDAH BERPAUT...

Untuk itu sekiranya kalian sudah ada dihati perasaan CINTA sesama makhluk maka segeranya bernikah kerana ia adalah jalan yang terbaik untuk kalian menyemaikan rasa CINTA itu dengan cara yang Halal dan satu bentuk Ibadah yang diredoi oleh Allah s.w.t

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.

POHONLAH KEPADA ALLAH S.W.T SUPAYA CINTA SELEPAS KAWIN ITU MENJADI LEBIH BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…


source: http://zuerahayatie.blogspot.com/2010/03/bahaya-cinta-sebelum-kahwin.html







tak nak kepel sebelum nikah
bercinta selepas nikah
jom lawan nafsu


cinta yg suci

No comments:

Post a Comment