Saturday, February 19, 2011

5 RACUN DAN 5 PENAWAR


 


1.      Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya

2.      Harta itu racun, Zakat itu ubatnya

3.      Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya

4.      Seluruh Umur itu racun, Taat itu ubatnya

5.      Seluruh Tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya

ADAKAH KITA SIBUK








            Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu itu lah..dll Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah sibuk kerana:

1.         Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
2.         Bermunajat kpd Allah setiap malam
3.         Mengajar ilmu kpd umatnya setiap hari
4.         Berperang di jalan Allah
5.         Melayani isteri-isteri
6.         Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta
menghafalnya
7.         Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
8.         Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)
9.         Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
10.       Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan
permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara

1.belajar
2.Keluarga (isteri dan anak-anak)
3.Melangsaikan hutang ...
4.Dan lain-lain..

Inilah perbandingan nilai iman kita dengan iman rasulullah. Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung kembali diri kita ... semoga kita
dicampakkan hidayah dan insaf dengan kekerdilan diri kita ini... Wallahualam

KEPIMPINAN DALAM BERORGANISASI


Amalan kepimpinan yang baik merupakan salah satu daripada keperluan hidup manusia dalam keadaan dunia yang semakin mencabar pada hari ini. Keperluan ini menjadi semakin mendesak kepada umat Islam berdasarkan keadaan dan kedudukan mereka yang boleh dikatakan jauh ketinggalan berbanding golongan lain sama ada di Timur atau di Barat.

Keadaan ini perlu diterima secara terbuka dan setiap kelemahan yang ada perlu diakui serta diperbaiki ke arah mewujudkan satu bentuk kepimpinan kehidupan masyarakat yang bertepatan dengan objektif asal kejadian manusia iaitu pengabdian diri kepada Pencipta. Objektif ini merupakan persoalan asas yang perlu difahami dalam menilai amalan kepimpinan yang berkesan dalam Islam.

Besesuaian dengan petikan yang ditulis oleh Mustafa Daud (1994);

‘manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang melakukan sesuatu pekerjaan itu tidak berdasarkan kepada pangkat, kuasa, gelaran, kedudukan dan sebagainya dalam hierarki pengurusan.’

Monolog kehidupan

(As-syahid Abdullah Azam)

Sesungguhnya kecintaan ku kepada jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku.

Mereka memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemengan islam)tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju kematlamatnya.

Sesungguhnya membiarkan umat islam disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata: “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH” atau hanya dengan mengucap:INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN dan hanya melepaskan geram ditangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada satu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalahan tersebut, hanyalah satu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri di segenap sudut’ 

Di ambang kemerdekaan

Lagu....
Tanggal 31 bulan 8, 57         
♪♫
Hari yang mulia,hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka.....
♫ merdeka !merdeka !

Dalam kesempatan yang sedikit...bicaraku buat teman, kita sering terdengar lagu ini dikeudarakan menerusi corong-corong radio dan kaca telivisyen menjelang tarikh keramat negara mendapat kemerdekaan. Tetapi tahukah kita erti sebuah kemerdekaan sebenar seperti arang-orang tua kita dahulu tahu maknanya. Mereka telah  bermandikan darah dan air mata demi meraih sebuah kemerdekaan. Kita hari ini tidak lagi perlu berhempas pulas memerah keringat meluah tenaga untuk menuntut kemerdekaan itu tetapi hanya perlu mengisi kemerdekaan yang telah diusahakan oleh generasi dahulu agar kita tidak dijajah semula  dalam bentuk fizikal seperti sesetengah negara di dunia hari ini. Seperti kata dan harapan
 bekas seorang pemimpin negara.
Perjuangan memerdekakan bangsa sebenarnya tidak berakhir pada 31 Ogos  1957.  Ia perjuangan yang berterusan.  Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar memperingati suaru tarikh keramat, bukan semata-mata meperingati dan menghormati pengorbanan pejuang bangsa yang lalu.  Setiap generasi anak bangsa hendaklah merdeka dan dimerdekakan.  Yang dimaksudkan dengan merdeka ialah kemerdekaan yang hakii.  Bukan setakat jasad yang bebas tetapi jiwa hamba yang melutut  di depan kezaliman dan penindasan, sujud di bawah telapak kengakuhan.
Jiwa yang sebenarnya merdeka tidak mudah dibuai dengan mimpi dan khayalan.  Ia tidak tertipu dengan janji-janji palsu, dan songgokan pelbagai budaya barat yang dianggap sebagai idola. seperti kata pepatah mulutnya disuap dengan pisang tetapi jiwanya dikait dengan onak.  Ia bukanlah jiwa yang alpa, lari terhadap kemungkaran yang dilakukan sekelilingnya, buta terhadap penipuan dan kerosakan yang didatangkan oleh makhluk perosak yang memakai topeng penganjur dan penaja. Kemerdekaan yang sebenarnya ialah menegah kemungkaran seperti ini.  Lalu menegakkan negara terpuji, baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafur.  Jiwa merdeka tidak akan merelakan dirinya diperalat oleh segelintir manusia yang tamak dan gila kuasa.  Ia akan insaf bahawa kesenangan dan keselamatan yang dijanjikan oleh golongan penjajah baru ini hanya bersifat sementara sifatnya.  Kebenaran akan terserlah jua akhirnya.  

No comments:

Post a Comment