Saturday, December 25, 2010

Program Realiti TV hiburan untuk kanak-kanak? Ape lah jadi nanti ye?



 Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup sehingga kini. Moga peluang yg telah diberikan telah saya gunakan dengan baik. Dah lama blog ni xberisi dengan benda baru, idea terpendam lama.. harapnya isi yg dah berbuku lama ni xberubah kesegarannya. \

Hari ni nak ajak sume renungkan dan fikirkan tentang satu tajuk, ' Program Realiti TV untuk kanak-kanak langkah awal anak-anak kearah kejahilan dan kerosakan' ? hm... terbaca sy satu nukilan sahabat tentang program realiti tv yang semakin popular dan diminati ramai malahan, menjadi kegilaan muda-mudi, apatah lagi yg dewasa.. hm.. sekarang dah ade program realiti tv untuk kanak-kanak biar anak-anak tu pun jadi seperti mereka. kuliah-kuliah agama yg sy pergi pon ade membantangkan agenda yg dirancang dan dilaksanakan secara 'aktif dan menyeluruh' kat malaysia ni.sebelum menyelusuri tajuk lebih dalam, sy nak kongsikan satu perkara yg hakikinya tentang kita sebagai umat islam.



Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Dari sini, telah dapat disimpulkan bahawa sejak dari dahulu, orang-orang yahudi dan nasrani tidak pernah ‘mengenal erti penat lelah’ untuk menyesatkan kita sehingga kita semua tunduk dan mengikuti jejak langkah mereka dengan budaya-budaya yang merosakkan kita. Sedangkan, mereka sendiri tidak kesemuanya mengamalkan budaya dan bawaan itu kerana mereka hanya hendak merosak dan membinasakan bangsa-bangsa selain yahudi. Itulah hakikat yang kita sering lupakan sedang mereka telah lama merancang dan melaksanakannya dengan sabar dan berhati-hati. Kerana apa? Kerana jika mereka menggunakan kekerasan persenjataan, mereka akan dilihat kejam oleh dunia sedang PBB dan sebagainya itu adalah dalam pengaruh mereka. Jadi, apa lagi cara yang digunakan kalau bukan dengan perang saraf/pemikiran dengan bersenjatakan budaya yang menghancurkan akhlak dan keseluruhan aspek kehidupan lebih2 lagi umat Islam. Sekarang kita boleh lihat, kekerasan persenjataan digunakan tanpa tentangan, terhadap penduduk Islam Palestin. Kenapa? Sebab…, ‘berkat kesabaran’ mereka merancang untuk memusnahkan keteguhan jadi diri dan intergriti umat islam (pegangan terhadap hukum dan tuntutan dalam hidup seharian terutamanya solat) telah berjalan dengan lancer. Buktinya, rasuah dalam kalangan pemimpin telah menjadi ‘periuk nasi’ bagi pemimpin terlibat sebagai ‘pendapatan tambahan yang lumayan’ dan, untuk itu, hak2 rakyat dan sebagainya dikorbankan sebagai kos/modal & kesannya. Ha.. itulah yang berlaku.., tak payah nak tengok guru makan gaji buta, kerani ponteng pecah amanah, maksiat dan sebagainya lah.. kita tengok kepalanya aja sudah boleh menggambarkan yang dibawahnya, bak kata pepatah, indah khabar dari rupa…, nak tengok rupa di mana? Mana lagi kalau bukan dimuka… muka di mana? Di kepalanya lah. 








Baiklah, kita kembali pada tajuk utamanya..,
Scenario pada hari ini, majority rakyat Malaysia telah meresap hedonisme dalam diri mereka. Dah jadi pendinding yang kukuh dalam jiwa. Bila diajak ke majlis-majlis ilmu, pendinding (hedonisme) tadi bertindak sebagai anti virus yang akan memikirkan alasan yang kreatif dan inovatif untuk mengelak diri dari ke majlis ilmu td.. tetapi, cuba diajak ke karnival atau pesta-pesta yang menyediakan pelbagai hiburan dan sebagainya, pasti laju sahaja... pelikkan? Tapi itulah hakikatnye, dan perkara sebegini sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita.. bila disebut sahaja pasal majlis agama, apa yang terbayang ialah bendera hijau putih yg merujuk pada parti politik. Begitulah sebaliknya. Politik yang diamalkan di negara ini sudah kelihatan sebagai politik yang memecah belahkan dan tidak sekali bersifat sebagai parti politik untuk membentuk kesatuan rakyat. Sebaliknya, ia bertindak sebagai pembentuk puak2 parti politik yang saling bercakaran yang tidak berkesudahan. Sebagai seorang belia, saya cukup meluat melihat senario begini, dua2 sama sahaja... pengikut2nya dah lari dari misi yang dibawa untuk menyatukan.  

Berbalik pada tajuk utama, kebanyakan ibu bapa masa kini telah menyingkap perkara sebanar bahawa mereka membentuk rumah tangga tanpa asas yang kukuh. Apa lagi asas utama keluarga islam kalau bukan pengetahuan agama yg cukup dan pengetahuan tentang keibubapaan. Kesian melihatnya, bila ibu bapa dah begitu, apatah lagi dengan anak-anak ? kekurangan pada ibu bapa tadi akan menyebabkan senarai ‘keperluan dan perancangan’ untuk keluarga dan anak tidak lengkap. Misalnya, keperluan terhadap pendidikan agama. Kemungkinan besar, anak-anak tadi tidak dihantar untuk ke sekolah agama. Dan, kesannya terhadap anak-anak itu dalam jangka masa panjang boleh kita jangkakan. Dan, boleh dikatakan , ibu bapa sedemikian menghadapi situasi yang sama sewaktu kecil. Siapa yang perlu dipersalahkan? Tepuk dada tanya diri sendiri la.. kalau xboleh jawab ketuk kepala.. 

Kita boleh lihat pelbagai kemungkaran, maksiat, dan aksi-aksi tidak senonoh dan seangkatannya yang dipaparkan oleh perserta realiti tv berbentuk hiburan dan kroninya. Tak mustahil penontonnya tidak meniru aksi-aksi yang ditayangkan. Jadi, siapa yang ajar masyarakat aksi-aksi dan gaya baru? Artis bukan muhrim berpelukan, bergaul bebas dan sebagainya, termasuk yang mengaku islam! Menjadi santapan mata penonton, jadi apa respon penonton? Ade yang diam buat-buat biasa, ade yang bersorak, dan ada yang menentang dan membenci. Kalau dahulu, penyanyi kumpulan rock yang berambut panjang tak boleh ‘tunjuk muka’ kat kaca tv, tapi sekarang bole, kalau dulu rancangan2 tv ditapis, kini pekerja yang tapis2 dah bosan, dah takde. Jadi, ape yang ada dalam cerita itu yang dipaparkan. Artis-artis kalau dipersoalkan tentang bab-bab agama dan hukum boleh menjawab denga hujah sendiri, hukum agama rekaan sendiri dan mempersenda lagi. Hebat kan artis-artis zaman sekarang? Ya.. btul... hebat..
Itulah contoh yang ditatapkan pada anak-anak muda, itulah contoh-contoh yang diajarkan kepada kanak-kanak lagi-lagi yang ingin ‘menceburi bidang seni’ kononnya. Bukan untuk menghina bidang seni, tapi ini hakikat masa kini. Kan? Bila program realiti tv untuk golongan muda dan dewasa dianjurkan, terlintas idea kreatif untuk menghancur bangsa sendiri dari asasnya, maka wujudlah program realiti tv hiburan untuk kanak-kanak.... idea disambut dengab penuh terbuka. Ibu bapa berebut-rebut melatih anak, menggalak agar anak-anak tadi menyertai program tersebut dengan ‘aktif dan proaktif’. Sanggup berbelanja besar untuk itu, jalan hiburan.., tapi bila disebut pasal jalan agama, jalan jihad, perjuangan agama... ha.. jawapannya pembaca sekalian boleh agak kan? Itulah yang berlaku sekarang. Bila dipersoalkan oleh sesetengah media, alasannya, program ini untuk mencungkil bakat anak-anak dalam bidang seni, menggalakkan anak-anak mengikuti aktiviti yang membina, mengelakkan mereka dari terlibat dengan aktiviti tak berfaedah dan macam-macam lagi, alasan yang boleh dikarang oleh pelajar sekolah rendah. Tetapi, bagaimana dengan didikan, galakan, kesungguhan dan keprihatinan ibu bapa tadi untuk memastikan anak-anak itu mengambil bahagian dalan aktiviti/program yang mendidik jiwa beragama, asas-asas agama, asas mengaji, asas bacaan al-Quran dan sebagainya.. ? ha.. semua boleh jawab dengan tepat.. kn? Anak-anak tadi dibentuk hidupnya dengan asas hiburan melalaikan, bila dah asas itu yang diterapkan, bagaimana dengan mentaliti anak itu? Sudah pasti hiburan yang ditagihnya.., bila itu yang berlaku, bagaimana minat belajar nak diterapkan dalam jiwa mereka? Ha.. kesannya semua boleh teka..., pikirkanlah..., mana lebih banyak.., positif ke yang negatif?  Penganjur dapat untung, penonton dan yang support dapat hiburan.., anak-anak tadi dapat ape? Jikalau anak-anak itu dah ade asas yang mantap, didikan dah cukup, boleh dikawal dan sebagainya, itu tidak mengapa... tetapi majoriti yang lain bagaimana? HANCUR.... ha.. itulah kesan yang tidak difikirkan ibu bapa yang menggalakkan anak2nye untuk itu... kesannya bukan pada anak-anak yang turut serta.., tetapi, anak-anak yang menonton yang terpengaruh pula bagaimana? Angan2 dah tentu satu kemestian. Jadi, kecik2 dah diasuh begini, tidakkah besarnya jadi remaja rosak seperti sekarang? Ya! Akan jadi seperti yang rosak jika tidak diasuh dengan baik, rosak jika tak dibendung yang salah.

                                                        

                                                  
Jadi, sama-sama kita fikirkan, mana perlu dan yang mana tidak. Renungkanlah kembali, daripada mana asal, daripada mana punca kesan sekarang ini berlaku. Bagi yang sedar teruskan, tetapi, bagaimana yang masih asyik ? mereka masih dibelenggi hedonisme. Kini, yahudi dan nasrani boleh duduk goyang kaki melihat kejayaan mereka yang berjaya menghancurkan anak-anak muda. Bila yang penyambung ni dan hancur semua siapa lagi nak teruskan? Yang atas jangan di kata.., semuanya dah reput! Korupsi dan macam2.. alat2 yang mereka gunakan memang halus tatapi efektif! Kita yang berkesedaran ini, pantau2 lah adik2 kita, keluarga kita, kalau ada yang terikat kita tegurlah... agar mereka tidak terus terpesong panduan. Saya tiada motif untuk membangkit isu politik atau menghina mana2 pihak sebaliknya menyuarakan yang berbuku di benak saya agar anda mendengar dan tahu akan kewujudan perkara ini. Jadi, masing2 boleh fikirkan awal2 dan ambil tindakan sepatutnya. Ini ialah cara saya, jika salah betulkan. Semoga mesej yg terkandung dalam luahan ni dapat anda tafsirkan secara bijak. Semoga yg baik dapat diambil, yg xperlu ditinggal sahaja. 

Sekian...



No comments:

Post a Comment