Sunday, October 31, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT


Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. 

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku) 
Wa'fuannii (maafkan aku) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.


Friday, October 29, 2010

JANGAN PAKSAKAN HARI ESOK HADIR SEKARANG


"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu minta disegerakan".
                                                                                                         (Surah An-Nahl : 1)

Jangan sekali-kali mendahului sesuatu yan belum berlaku. Adakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan belum dapat disentuh; belum berupa, dan tidak mampunyai rasa dan warna. Kemudian mengapa kita mesti menyibukkan diri dengan hari esok, mencemas kesialan-kesialan yang mungkin berlaku padanya, memikirkan- kejadian-kejadian yang bakal ada di dalamnya? bukankah kita juga tidak tahu sama ada kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan adakah hari esok itu akan berupa kesenangan atau kesedihan?

Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. maka tidah sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum sampai di atasnya. sebab siapa yang tahu secara pasti bahwa kita akan sampai atau tidak di atas jambatan itu? Boleh jadi kita akan berhenti sebelum sampai ke jambatan itu, atau mungkin pula jambatan itu hanyut dibawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan boleh jadi pula, kita akan sampai di atas jambatan itu dan kemudian menyeberanginya. menurut Islam, memberi peluang kepada fikiran untuk memikirkan dan membuka-buka alam ghaib dan kemudian hanyut dalam kecemasan-kecemasan yangb baru berupa persangkaan merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan. Kerana hal itu termasuk tulul amal (panjang angan-angan). Menurut pertimbangan, tindakan itu juga tidak masuk akal sebab ia sama dengan berperang melawan bayang-bayang. Tetapi aneh, kebanyakan menusia di dunia ini malah ramai yang termakan dengan ramalan-ramalan berkenaan kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan krisis ekonomi yang kononnya akan menimpa mereka. Padahal mereka itu hanyalah sebahagian dari matapelajaran-matapelajaran di sekolah-sekolah syaitan.

" Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil dan kedekut ); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya."
                                                                                                 (Al-Baqarah: 268)

Orang-orang yang menangis sedih memandang masa depan ialah mereka yang menyangka mereka akan hidup kelaparan, sakit selama setahun atau memperkirakan usia meninggal dunia tinggal seratus tahun lagi. Padahal orang yang sedar bahawa usianya berada di tangan yang lebih berkuasa tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bilakah dia akan mati, tentu salah besar jika dia masih terus menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang belum ada dan tidak berupa. 

Tunggulah hari esok itu akan datang dengan sendirinya; jangan sekali-kali menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula menunggu serangan malapetakanya. Kerana hari ini anda sudah sangat sibuk.

__________________________________________________________________________________
"Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya tidak menyeberangi satu jambatan sebalum kita sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?"
__________________________________________________________________________________


Jika anda hairan maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya denga bersedih hati pada hari ini. Sebab itu, hindarilah angan-angan yang panjang.



~La Tahzan~

10 ORANG SOLATNYA TIDAK DI TERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) 


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya

  1.  Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 
  3.  Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 
  4.  Orang lelaki yang melarikan diri. 
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 
  9. Orang-orang yang suka makan riba'. 
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 










Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah S.W.T."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Renungkanlah wahai saudaraku!

Aku dah kawin skarang

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

Thursday, October 28, 2010

KUNCI MERAIH KETENANGAN HATI

  1. Jangan bergantung kepada orang lain.  Bergantung kpd Allah , diri sendiri dan bersikaplah mandiri.
  2. Jangan berburuk sangka kpd orang lain yg membicarakan atau menghinamu.
  3. Jangan selalu mengingat penyesalan pada masa lalu.
  4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam, irihati dan kebencian.
  5. Jangan membiasakan sikap terburu-buru. Maka aturlah waktumu.
  6. Jangan khawatir dengan hari esok. Allah menjanjikan masa depan dan harapan tidak akan pernah lenyap. Cinta, hidup dan mati ditangan Allah. Dia telah menuliskan takdirmu sebelum kita dilahirkan lagi. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
  7. Ketuklah pintu ampunan Allah maka pintu akan terbuka. Ingatlah padanya maka dia akan mengingatimu. Berdoalah maka keluh kesahmu akan di dengarkan.



Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabatku di ruang siber.

SYAAMIL AL-QURAN;  THE MIRACLE 15 in 1
1030

SOMBOMG

   Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.

  • Ditingkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material.  Kita merasakan lebih kaya, lebih rupawan dan lebih terhormat daripada orang lain.  
  •  Ditingkat kedua, sombong disebabkan faktor kecerdasan.  Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. 
  • Ditingkat ketiga, sombong disebabkan faktor kebaikan.  Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah dan lebih tulus dibandingakn orang lain.

   Yang lebih menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan , semakin sulit pula kita mengesannya.  Sombong kerana mateial sangat mudah terlihat.  Namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan sulit dikesan kerana seringkali hanya berbentuk benih-benih halus dalam batin kita.
    Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan.  Pada tataran yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri(self-confidence).  Akan tetapi, begitu kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan(pride), kita sudah berada sangat dekat dengan kesombongan.  Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas.
    Kita sebenarnya berdiri diatas dua kutub, iaitu ego disatu kutub dan kesedaran sejati di lain kutub.  Pada saaat kita lahir kedunia, kita dalam keadaan telanjang dan tidak punya apa-apa.  Akan tetapi, seiring dengan waktu, kita mula memupuk berbagai keinginan , lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup.  Keenam indera kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.

    Untuk bisa melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.
  • Pertama, kita perlu menyedari bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizikal tetapi  makhluk spiritual.  Kesejatian kita adalah spiritualitis, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup didunia.  Kita lahir dengan tangan kosong dan (ingat) kita pun akan mati dengan tangan kosong.
  • Kedua, kita perlu menyadari bahawa apapun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri.  Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi diri kita sendiri.  Demi mendapatkan keredaan Ilahi.

THE MIRACLE 15 in 1
954




LARANGAN MENJADIKAN GOLONGAN KAFIR SEBAGAI PEMIMPIN

    Allah melarang orang-orang yang beriman menjadikan pemimpin mereka dari golongan kafir meskipun mereka itu adalah bapak-bapak ataupun saudara dekat mereka. Allah pun memberikan ancaman berupa siksaan dan murka-Nya kepada orang yang menjadikan mereka sebagai pemimpin kerana perbuatan yang demikian merupakan bentuk dari kezaliman.
    Allah memperingatkan kepada orang-orang yang beriman bahawa apabila bapak-bapak mereka, anak-anak mereka , suami ataupun isteri keluarga dan kerabat mereka , serta harta benda yang nereka miliki ataupun perdagangan yang mereka usahakan dan rumah-rumah tempat tinggal mereka lebih dicintai dan lebih diutamakan daripada melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, nescaya Allah akan menimpakan suatu bencana yang datangnya tidak dapat diperkirakan.  Keran mereka adalah orang-orang yang fasik, Allah tidak akn memberikan hidayah-Nya.

  QS . At-Taubah, 9 : 23-24
  THE MIRACLE 15 in 1

MENGIKUT PERINTAH RASULLULLAH

     Allah memberikan pernyataan terhadap orang-orang munafik dan orang-orang musyrik bahawa andaikan mereka mempunyai kemahuan untuk beriman dan harapan untuk mengikuti petunjuk yang disampaikan oleh Rasullullah, tentunya Allah menjadikan mereka dapat men-dengar.  Namun lantaran bakat mereka untuk menerima petunjuk Allah telah dikotori dengan noda-noda kemusyrikan dan kenifakan, tidak ada jalan lain lagi untuk mengarahkan bakat-bakat mereka untuk mendapat petunjuk.

     Seumpama Allah menjadikan mereka dapat memahami seruan Rasullullah itu, tentulah mereka enggan melaksanakan apa yang mereka dengar apalagi untuk mengamalkannya kerana di dalam hati mereka telah bersarang keingkaran dan kekafiran.
     Dalam Al-Quran surah Al-Anfal, 8:23. Allah menjelaskan tingkatan darjat orang-orang yang mendengarkan seruan Rasullullah, sebagai berikut:
  1. Ada orang yang sengaja tidak mahu mendengarkan seruan Rasullullah secara terang-terangan dan menyambutnya dengan permusuhan sejak semula kerana mereka merasa bahawa seruannya itu akan menghancurkan keyakinannya.
  2. Ada orang yang mendengarkan seruan Rasullullah tetapi tidak berniat untuk memahami dan memikirkan apa yang diserukan, seperti orang-orang munafik.
  3. Ada yang mendengarkan seruan Rasullullah dengan maksud mencari kesempatan untuk membantah dan menolaknya.
  4. Ada orang yang mendengarkan dengan maksud ingin memahami dan memikirkan seruan Rasullullah.  Namun , adakalanya ajaran Islam itu dijadikan bahan pembicaraan dan sasaran kritikan.
Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah.

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

           Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tetapi kisah hidupnya diabadikan dalam Al-Quran adalah Lukman Al-Hakim.   Mengapa?  Kerana hidupnya penuh hikmah.  Suatu hari, ia menasihati anaknya tentang hidup "anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu.  Semua amggota badan mu akan malas untuk melakukan ibadah dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati.  Padahal hanya dengan hati yang bersih manusia dapat menikmati lazatnya berzikir. "
       "Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu, dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya. "
" Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengusung jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang pergi kepesta pernikahan.  Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang, sedang pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu dirimu. "

" Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga mengangkat besi-besi berat; namun tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

  "Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit, tapi tidak pernah kurasakan yang laebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."  " 

   "Anakku, aku sudah mengalmi penderitaan dan bermacam kesusahan.  Namun aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi.  Kalimat adalah:
  1. Jika kau beribadah kepada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik
  2. Jika kau berada dirumah orang lain jagalah pandangan mu
  3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu
  4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu
  5. Ingatlah  Allah selalu
  6. Ingatlah maut akan menjemputmu
  7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan kepada orang lain
  8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu."

Renung-renungkanlah nasihat ini.  Semuga kita mendapat manfaat bersama.

EMPAT KERANA EMPAT

EMPAT DIKENAL DENGAN EMPAT:
  • Pengarang kerana karangannya
  • orang alim kerana jawabnya
  • orang bijaksana kerana perbuatannya
  • orang yang tabah kerana kesanggupan bertahan

EMPAT ALAMAT BODOH:
  • berteman dengan orang bodoh
  • banyak perbuatan berlebih-lebihan
  • tak dapat mengunci rahsia
  • memandang ringan kebaikan orang lain

EMPAT MENUNJUKKAN AKAL:
  • menyukai ilmu pengetahuan
  • tenang sikapnya
  • tepat jawabnya
  • banyak benarnya

EMPAT PERKARA MENUNJUKKAN SEORANG AHLI SIASAT
  • tak berubah mukanya kerana kritik
  • tajam matanya melihat kesempatan
  • dapat memilih pendapat yang berbeza-beza
  • senyum mukanya berhadapan dengan lawan

EMPAT SEMPURNA KERANA EMPAT
  • sempurna ilmu kerana amal
  • sempurna agama kerana takwa
  • sempurna amal kerana niat
  • sempurna kehormatan diri kerana wibawa

EMPAT TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI EMPAT
  • rakyat tidak dapat dipisahkan dari politik
  • tentera tidak dapat dipisahkan dari pimpinan
  • suatu pendapat tidak dapat dipisahkan dari musyawarah
  • suatu azam tidak dapat dipisahkan dari istikharah

EMPAT HILANG KERANA EMPAT
  • hilang nikmat kerana tidak bersyukur
  • hilang kekuatan kerana mencari musuh
  • hilang kekuasaan kerana kelalaian
  • hilang kesempatan kerana memandang enteng



kata-kata hikmat HAMKA

DOA KU

Ya Allah
dengan Al-Quran,
kurniakanlah kasih sayang-Mu kepada hamba.
Jadikanlah Al-Quran sebagai  imam, cahaya, hidayah dan sumber rahmat bagi hamba.

Ya Allah
Ingatkan hamba bila ada ayat yang hamba lupa mengingatnya.
Ajarkan pada hamba ayat yang hamba bodoh memahaminya.
Kurniakanlah pada hamba kenikmatan membacanya , sepanjang waktu, baik tengah malam atau tengahari.
Jadikan Al-Quran bagi hamba sebagai hujah , Ya Rabbal Alamin.

Ya Allah
kurniakan kebaikan bagi hamba dalam beragama, yang merupakan kunci kehormatan bagi hamba.
Kurniakanlah kebaikan kepada hamba di dunia, yang merupakan tempat hamba menjalani hidup.
Kurniakanlah kebaikan akhirat bagi hamba, yang merupakan tempat hamba kembali.
Jadikan kehidupan hamba sentiasa lebih baik .  Jadikan kematian sebagai kebebasan hamba dari segala keburukan.

Ya Allah
Jadikan umur terbaik hamba dipenghujungnya,
Jadikan amal terbaik hamba dipenutupnya
Jadikan hari-hari terbaik hamba saat bertemu dengan-Mu.

Ya Allah
Hamba memohon kepada-Mu kehidupan yang lapang
Kematian yang wajar dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan terhindar dari prahara.

Ya Allah
Hamba memohon kepada-Mu permintaan terbaik,
doa terbaik, kejayaan terbaik, ilmu terbaik, amal terbaik, pahala terbaik,
kehidupan terbaik, kematian terbaik.
Kuatkanlah hamba, beratkanlah timbangan kebajikan hamba,
teguhkanlah iman hamba, tinggikan darjat hamba,
terimalah solat hamba, ampuni dosa-dosa hamba.....
dan hamba memohon syurga dari tempat yang tertinggi....

Ya Allah
Sungguh hamba memohon rahmat yang harus Engkau berikan
Keampunan yang harus Engkau kurniakan
Keselamatan dari segala dosa, ghanimah dari segala kebajikan,
dan kemenangan mendapat syurga serta keselamatan dari api neraka.

Ya Allah
kurniakan kebaikan bagi hamba dalam segala urusan,
berikan pahala kepada kami dari segenap luka dunia dan siksa akhirat.

Ya Allah
anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepada-Mu
yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepada-Mu,
dan anugerahkanlah ketaatan kepada-Mu yang akan menyampaikan kami ke syurga-Mu
anugerahkalah pula keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini.
Ya Allah
anugerahkanlah kenikmatan kepada kami melalui pendengaran, penglihatan
dan dalam kekuatan kami selagi kami masih hidup dan jadikanlah ia warisan dari kami.
Jadikanlah balasan kami atas orang-orang yang menganiaya kami,
dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami .
Janganlah Engkau jadikan musibah kami ada dalam urusan  agama kami.
Janganlah Engkau jadikan dunia ini adalah cita-cita kami terbesar dan puncak ilmu kami.
Janganlah Engkau jadikan berkuasa atas kami orang-orang yang tidak mengasihi kami.

Ya Allah
jangan pernah Engkau tinggalkan dosa melainkan Engkau ampuni.
Tidak ada kegalauan kecuali Engkau berikan jalan keluar,
tidak ada hutang kecuali Engkau penuhi
tidak ada satu keperluan dunia dan akhirat kecuali engkau penuhi,
wahai Tuhan seluruh alam.

Ya Rabb kami,
berikan kepada kami kebajikan di dunia dan di akhirat,
serta hindarkan kami dari api neraka.
Semuga selawat dan salam sentias terlimpah curah kepada Nabi Muhammad s.a.w,
keluarga serta para sahabat terpilih.




Doa khatam Al-Quran.
Berapa kalikah kita membacanya dalam sebulan, setahun?
Atau seumur hidup kita?
Renungkanlah...wahai diri....

 

Saudaraku, mengapa kau lalai solat subuh?

Inilah keadaan, kebanyakan dari saudara--saudaraku, saat ini.  Sedih melihat saudara-saudara ku yang sudah terbiasa hidup seperti ini, bangun pagi diwaktu matahari sudah tinggi.  Solat subuh itu berlalu begitu sahaja....dengan percuma.  Rasanya mahu menitis airmata ini.  Semua orang tahu, solat lima waktu wajib dikerjakan dalam keadaan apapun....selagi nyawa dikandung badan.
Atas alasan apakah semua ini terjadi?  Pelajar  beralasan, mengulangkaji hingga larut malam.  Pekerja beralasan , kerja lebih masa.  Isteri beralasan, menjaga anak sakit sepanjang malam.  Suami, beralasan kerja syif malam.  Apakah alasan-alasan tersebut wajar di suarakan?

Bukankah umat Islam wajib menunaikan solat pada waktunya?
"Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya  atas orang-orang beriman" (QS An Nisa:103)
Subhanallah, sedarlah wahai saudaraku ! Janganlah lalai mengerjakan solat. Bukankah semua orang tahu, solat itu tiang agama.  Tanpa tiang, agama akan runtuh.
Renungkanlah juga hadis berikut;
"(pembatas) antara seorang Muslim dan kesyirikan serta kekafiran itu adalah meninggalkan solat"     HR Muslim

"Perjanjian antara kami dan mereka(kafir) adalah solat.  Barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir"
HR Ahmad, Tirmidzi, An-Nasai, Ibn Majah

Memang benar, solat subuh sangat mencabar keimanan.  Tidur membungkus diri, lalai dan lupa di buai mimpi.  Tapi apakah kita juga turut lalai dengan peringatan-peringatan yang diberi?  Sampai bila?
Astaghfirullah...

Ingatlah juga, bahawa solat subuh itu sangat besar fadhilatnya.

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur.
Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain.

Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah
Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Tirmidzi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah.
Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Wahai saudara-saudaraku, janganlah kamu melalaikan solat subuh!


AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT


SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

  1.  Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya
  2.  Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
  4.  Hilang cahaya soleh dari wajahnya .
  5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka

NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

(i) Sembahyang Subuh
Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)

(ii) Sembahyang Zuhur
Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

(iii) Sembahyang Asar
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah

(iv) Sembahyang Maghrib
Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan)


Maafkan saya wahai sahabat!
Nota ini sebagai "suluh hati" untuk diri saya dan sahabat-sahabat yang dikasihi.
Semuga kita sentiasa di beri hidayah oleh Allah.

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.



Subhanallah.

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

H.R. ABU DAUD
Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bnagsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?".
Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw itu. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia) tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka di tindas, di injak-injak, di sakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit itu tidak dapat dipisahkan.
Cinta dunia bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta ke jalan Allah SWT.
Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah SWT.


Kita berdoa agar Allah SWT menurunkan nusrahNya kepada kaum muslimin dan muslimah.
Semuga Allah memberikan kepada kita kejayaan di dunia dan di akhirat.

7 GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan dari Allah , dihari yang tidak ada perlindungan, kecuali hanya perlindungan Allah :
  1. Pemimpin yang adil dan hakim yang adil
  2. pemuda yang taat beribadah kepada Allah s.w.t
  3. hamba Allah yang hatinya senang berada di dalam masjid.  Solat berjemaah, suka solat subuh berjemaah.
  4. orang yang bersedekah, tangan kanannya memberi, tapi tangan kirinya tidak tahu.
  5. orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  6. pemuda yang dirayu, digoda oleh wanita cantik yang memiliki kekayaan, lalu ia berkata "aku takut kepada Allah" keinginan maksiatnya ada tapi rasa takutnya kepada Allah lebih hebat sehingga ia tidak mahu melakukan kemaksiatan.Keimanannya hebat sehingga mampu menahan berbagai godaan.
  7. Orang yang selalu ingat kepada Allah, dalam ibadahnya, dalam doanya, dalam zikirnya, dia menangis.  Dua titisan yang dibanggakan Allah dihari kiamat, pertama titisan darah fisabilillah, kedua titisan airmata kerana menangis, takut azab Allah kerana merasa bersalah atas segala dosa yang dilakukan kepada Allah.  Kerana dia sangat taat kepada Allah. 

Renungakanlah wahai sahabat.
Semoga kita mendapat perlindungan dari Allah dihari yang tiada perlindungan, kelak.

"Allah maha pengampun atas segala kesalahan dan dosa dari hamba-hambaNya. Maka dari itu kepada sesiapa pun diantara hamba-hambaNya yang berbuat dosa; Allah memberi khabar gembira bahawasanya janganlah mereka berputus asa dan merasa diri mereka telah tertutup dari rahmat Allah. Sungguh Allah akan menerima taubat dari hamba-hambaNya yang bersunguh-sungguh berserah diri dengan ikhlas dan tidak akan melakukan kembali perbuatan serupa."                         (Az-Zumar, 39 : 53)

by Nurani Hani

INSAF SEKEJAP

Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.
Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.
Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.
Saya juga tidak terkecuali.

Kisah Hanzalah
 Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulallah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.
Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang
 Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulallah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.
Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.


Air Mata Cinta


Semenjak aku bekerja sebagai guru ni, aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat. Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.
Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik, tapi apa boleh buat. Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu.
“ Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya!” Bisik hati kecilku. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu menyelamatkan aku.
Aku ada mendengar desas–desus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk tidak memenuhinya.
“Bila angah nak lapor diri?” Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra.
“Minggu depan bah.” Aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan.
“Angah nak abah hantarkan ke?” Memang aku dah jangka abah akan menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu.
“Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas je dengan kawan. Kawan angah pun kena mengajar kat situ juga.” Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.
Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagai tetamunya.
“Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan abah kat sini.” Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra.
“Jangan lupa bawa balik ‘awe’ Kelantan tau!” Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku.
“Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada.” Itu pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas.
Aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka, aku bisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah.
“Aah.” Aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan adik-adik tatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra itu. Sedih juga aku untuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku cukup bahagia dengan kasih sayang yang tercurah.
“Kita nak tinggal kat mana nanti?” Tanyaku pada Nadia, kawan yang senasib denganku.
“Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak uruskannya untuk kita.” Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara kat sana. Kalau tak, macam manalah nasib kami nanti.
“Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas.” Sambung Nadia lagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku kalau tak ada orang yang ambil nanti sebab kami akan sampai di Kota Bharu sebelum subuh. Pagi-pagi begitu kat manalah kami nak gagau. Aku pun tak terfikir akan dihantar mengajar di Kelantan tu.
Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua di negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci membesarkan Tuhan.
“Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku.” Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan.
“Jom, pak long aku dah tunggu tu!” Ajakan Nadia itu membuatkan bicara hatiku terputus di tengah jalan.
Aku membuntuti langkahnya yang agak kalut sambil memikul sebuah beg pakaian. Aku hanya membawa barang-barang keperluanku sahaja, yang lain nanti boleh usahakan bila dah dapat tempat tinggal tetap. Aku harap, tempat tinggalku nanti tidaklah jauh sangat dari tempat aku mengajar kerana ia akan memudahkan aku untuk berulang-alik.
“Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long dulu. Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long.” Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh, aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri dari menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itu tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.
Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan melaporkan diri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih terfikir-fikir tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang terjunlah.
Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atas tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar Kota Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut ini. Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar juga. Boleh dikatakan kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan daripada ditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itu dari kalangan orang berada juga.
Aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jam semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Nadia tu selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa suara yang sayup-sayup kedengaran.
“Baru bangun tuan puteri?” Soal Nadia apabila melihat aku menggeliat kemalasan. Dia baru aje selesai mandi.
“Letih sangat naik bas semalam.” Alasanku. Segan juga aku bila memikirkan anak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni. Nanti dikata orang anak dara pemalas pulak.
“Suara apa tu?” Soal aku pada Nadia.
“Itu suara orang memberi kuliyah pagi Jumaat di masjid. Kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama di masjid.” Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Nadia ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid. Masjid utama Kampung Laut yang didirikan sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Laut yang telah dipindahkan ke Nilam Puri.
“Kenapa?” Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang meneliti suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu.
“ Tak ada apa-apa. Saja tanya.” Sebenarnya suara itu telah mengingatkan aku pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya. Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalu mengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telah bertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk mendengarnya.
“Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah?” Tanya satu suara di hujung talian sana.
“Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje adalah!” Aku agak kehairanan kerana tak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama Ustazah Faridah.
“Ah, samalah tu.” Jawab suara itu.
“Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni?!” Geram rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku.
“Tak apalah ustazah. Nanti lain kali saya telefon lagi. Assalamualaikum….!” Talian dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu.
“Aaagh…” Keluh hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan panggilan ‘ustazah’ tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai gelaranku. Dari segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar panjang atau jeans dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf saja. Lagipun aku suka dengan gaya begitu yang membolehkan aku bergerak lincah. Takkan orang macam aku ni dipanggil ustazah. Tak padan langsung. Ni dah sah orang cuba untuk mempermain-mainkan aku.
Selang beberapa hari, suara itu menelefonku lagi. Boleh dikatakan semua gerak-geriku dia tahu. Semacam aku diperhatikan mata-mata gelap dari Bukit Aman la pulak. Dah puas aku tanya siapakah tuan empunya suara, namun banyak dalihnya yang membuatkan aku tidak pernah tahu siapakah dia. Banyak hal urusan peribadiku cuba dicampurinya. Dari perjalanan hidup harianku sehinggalah cara aku berurusan dan berpersatuan termasuklah cara aku berpakaian.
“Siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah?!” Aku mula hilang kesabaran bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun dia masih mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula panas itu.
“Memang saya tahu siapa saya. Saya bukan abang apatah lagi suami ustazah. Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba untuk menasihati dan memberikan pendapat?”
“Jangan panggil saya ustazah! Saya dah meluat dengan awak!”
“Saya tidak pernah memaksa ustazah memenuhi ataupun mengikuti nasihat dan pendapat saya. Pilihan keputusan terletak sepenuhnya di tangan ustazah. Saya tiada hak walaupun sedikit untuk menentukannya.” Dia tidak menghiraukan amaran dan kemarahanku itu. Dia tetap memanggilku ustazah.
“Ahh, pergi jahanam dengan ustazah awak tu!” Semburan kemarahanku itu membuatkan aku mematikan talian telefon bimbitku.
Selepas kejadian itu, aku tidak lagi menerima panggilan dari suara misteri itu. Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit aman sehinggalah pada hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 24. Satu bungkusan telah dikirimkan ke alamat rumahku di Selayang. Aku agak berdebar bila menerima hadiah yang tidak tercatat siapakah nama pengirimnya. Apabila kubuka balutan kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya terdapat sepasang baju kurung bewarna krim, sehelai busana bewarna meron serta dua helai telekong yang berwarna pink dan putih. Aku terkejut dengan hadiah itu. Terdapat dalamnya juga sekeping nota ringkas.

Assalamualaikum……
Selamat ulang tahun ke 24 buat Ustazah Faridah binti Mansur. Saya doakan semoga Allah memanjangkan usia ustazah dengan ketaatan ibadah serta memurahkan rezeki ustazah dengan yang halal. Amin…..
Pemanggil misteri.

Bagaimana dia boleh tahu tarikh lahir aku. Macam mana pula di memperolehi alamat rumahku ini. Orang ini memang gila agaknya. Aku membelek-belek baju dan telekong yang dihadiahkannya kepadaku itu.
“Cantik juga. Macam dia tahu pulak tentang warna kesukaan ku.” Bisik hati ku. Tapi macam mana aku nak memakainya. Baju kurung tu tak kisahlah sebab aku biasa juga memakainya. Tapi bagaimana dengan busana dan telekong ni? Nanti apa kata keluarga dan kawan-kawanku. Aah..kacau-kacau.
“Aii.. termenung je! Terkenangkan orang jauhke?” Usikan mak cik Gayah, mak long Nadia itu membuatkan lamunanku terganggu.
“Takdelah makcik.”
“Sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai yang kat atas dapur tu boleh hangit tau.” Sampuk Nadia pula.
“Mana ada, kamu ni Nadia kalau tak sakat aku tak senang duduk kot.” Mak cik Gayah dan Nadia tersengih mendengar jawapanku itu.
Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Gayah, malam ni ada ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur Rasul. Kami agak terlewat ke masjid kerana sibuk di dapur. Jadi terpaksalah kami memenuhi saf belakang. Agak ramai juga kaum wanita yang datang ke masjid malam ni. Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu imam dah mula baca surah fatihah. Sekali lagi aku terpana bila mendengar suara imam membacakan fatihah. Aku rasa seperti pernah mendengar suara itu tapi di mana yak? Aku bertakbir menjadi makmumnya. Terlalu asyik mendengar bacaan imam. Alunannya yang mengikut lagu yang biasa dibacakan oleh Saad al-Ghamidi dan Sudais. Aku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan cepat.
Semasa ceramah maulidur rasul, aku tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kerana suara penceramah itu benar-benar mengganggu ingatanku.
“Ustazah nampak sopan bila berbaju kurung begitu dan lebih bersopan lagi jika berbusana. Jangan hiraukan apa yang orang kata, tapi ambil hirau tentang apa yang Tuhan kata”. Aku terima mesej itu melalui telefon bimbitku. Memang ku tahu siapa pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku terlintas untuk memakai baju kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu sewaktu aku menghadiri kuliyah. Cuma telekong je yang ku ganti dengan skaf biasa. Agak kekok juga sebab dah lama aku tak pakai baju kurung. Itu pun ramai kawan yang tengok pelik saja pada aku. Pelbagai soalan yang mereka Tanya, tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak layan. Apa salah baju tu, lagi pun orang yang bagi bukannya aku yang beli.
“Saya harap ustazah pakai begitu bukan kerana saya, tapi ikhlas kerana Allah.” Suara itu mengingatkan aku.
“Awak ingat awak tu siapa? Saya pakai tu kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan langsung pun dengan awak.” Tegas aku pada dia.
“Baguslah macam tu. Saya harap ustazah akan terus begini.” Itulah suaranya yang terakhir aku dengar. Selepas itu aku tidak lagi menerima sebarang panggilan misteri seperti itu sehinggalah sekarang. Cuma kadang-kadang sahaja aku menerima surat atapun bungkusan yang tidak tercatat nama pengirim dan alamatnya. Dan aku pasti, itu adalah ‘dia’. Ke mana sahaja aku pergi, pasti dia tahu. Seperti dia sentiasa mengekori dan memerhatikan aku.
Sebelum aku bertolak ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang bersetemkan luar negeri. Di dalamnya aku dapati terdapat dua buah buku yang bertajuk Fitnah Wanita dan Bakal Wanita Syurga. Juga terdapat sekeping nota ringkas bersama bungkusan itu.

Assalamualaikum…..
Di harapkan ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru sandaran. Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah.
Pemanggil misteri.

Aku tidak lagi menaruh sebarang kebencian kepada pemanggil itu. Sebarang hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati. Sekurang-kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga aku untuk bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya ‘pemanggil misteri’ itu. Misteri sangatkah dia sampai dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepadaku? Namun aku sangat berharap agar suatu hari nanti aku akan menemuinya.
“Masa kat masjid lagi mak cik lihat Idah asyik termenung. Kenapa ni?” Tanya orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid
“Tak ada apa-apa la mak cik. Badan ni yang masih penat lagi ni.” Alasanku padanya.
“Yealah tu. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat siapa hah?!” Nadia mula nak buka ‘gelanggang’ denganku.
“Kalau ada pun, aku ingat kat famili aku ajelah.” Seboleh-bolehnya aku tidak mahu orang lain tahu keadaan sebenarnya.
“Abih tu si pemanggil misteri tu siapa?” Rupa-rupanya Nadia sudah mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu? Aku rasa, aku tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang ‘pemanggil misteri’ itu.
Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah berubah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan untuk mengajar. Aku tak sangka apabila telah diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan 4 dan Pendidikan Islam untuk tingkatan 3. Pada mulanya aku minta ditukar untuk mata pelajaran lain tapi aku tidak ada pilihan lain. Maka aku terpaksa menerima panggilan ‘ustazah’ itu. Ah kenapa ini boleh berlaku. Sebelum ini, panggilan itu agak terlalu janggal untuk aku. Tapi setelah beberapa lama aku mengajar, aku sudah lali dan mungkin boleh juga dikatakan agak serasi denganku.
Namun aku terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap penampilan dan peribadiku agar ia benar-benar secocok dengan panggilan itu. Aku tidak lagi selincah di kampus dulu. Keadaan berpakaian pun sudah berubah. Seluar, jeans dan t-shirt hanya kat rumah dan apabila bersama keluarga sahaja. Keluar aje dari rumah, aku akan mengenakan baju kurung ataupun busana. Skaf telah ku ganti dengan tudung. Pada mulanya aku agak rimas berpakaian begitu, namun keadaan yang telah memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku benar-benar berubah. Aku bukan lagi seperti Faridah yang dikenali sewaktu di kampus dulu. Oleh itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut dengan perubahanku ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana telah membukakan pintu hidayahnya kepadaku. Aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah. Malah mereka juga turut bersyukur. Cuma mereka harap aku melakukannnya atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah kerana Tuhan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi kerbau. Di antara orang yang paling gembira dengan perubahanku itu ialah ‘pemanggil misteri’ itu.
“Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah telah berubah.” Ucapnya melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku melalui telefon.
“Terima kasih saya ucapkan pada awak kerana telah banyak mengubah peribadi saya.” Ucapku ikhlas.
“Itu tugas saya sebagai seorang sahabat.”
“Tapi bilakah saya dapat mengenali siapakah awak yang sebenarnya?” Aku sememang dah tidak sabar untuk mengetahui siapakah dirinya yang sebenar.
“InsyaAllah, bila sampai ketentuanNya nanti tetap ustazah akan tahu juga siapa saya.” Itulah jawapan yang selalu aku perolehi darinya apabila soalan demikian aku kemukakan.
“Dah lama awak tak hubungi saya, ke mana awak pergi?” Tanyaku.
“Saya keluar negeri, sambung pengajian.” Patutlah surat dan bungkusan darinya dulu bersetemkan setem Australia.
Itulah pertama kali aku dengar suaranya setelah kira-kira lebih dua tahun dia tidak menelefonku. Hanya surat yang menjadi perantaraan. Itupun suratnya untuk aku sahaja. Aku pula tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun kepadanya kerana aku tidak tahu kepada siapa patut aku tujukan dan alamatnya pun entah di mana. Dia tidak pernah memberikannya kepadaku.
Malam itu, ibu ada menelefonku. Dia tanya sama ada aku balik atau tidak pada cuti tahun baru cina nanti. Aku kata, kalau ikutkan perancanganku memang nak balik. Tapi tak tahulah kot-kot ada hal pulak nanti.
“Kenapa?” Soalku pada ibu.
“Ada orang nak datang tengok angah.” Jawapan ringkas ibu itu telah cukup untuk membuatkan aku terkejut besar. Aku memang tak sangka. Jantung ku berdegup kencang.
“Angah belum bersedia lagi untuk berumah tangga bu.” Aku masih mahu bebas dari ikatan itu.
“Ibu tak paksa angah untuk terima, tapi baliklah dulu. Kita tengok, lepas itu angah yang buat keputusannya nanti. Ibu dan abah terima je.” Pujuk ibu. Terasa sedikit kekuatan dengan jaminan yang diberikan ibu itu. Kalau boleh, aku ingin menentukan sendiri pasangan hidupku tanpa sebarang paksaan dari kedua orang tuaku.
Semenjak dari pengkhabaran ibu itu, aku begitu berdebar untuk menunggu cuti tahun baru cina yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Aku lebih banyak termenung memikirkan hal itu. Setiap kali aku balik dari mengajar ke rumah sewa aku di Kampung Kota Kubang Labu, aku lebih suka bersendirian dalam bilik. Nadia merasa pelik dengan perubahan mendadak ku itu. Aku menceritakan sebabnya kepada Nadia.
“Bersabarlah. Apa nak dirisaukan, ibu engkau dah beri jaminan bahawa dia tak memaksa. Jadi pilihannya di tangan engkau sendiri.” Nasihat Nadia.
“Aku risau sebab aku takut untuk mengingkari harapan mereka.”
Mulai hari itu juga, aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan memberikan kekuatan kepadaku.
Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.
Ya Allah, bantulah aku dalam menentukan perkara ini. Janganlah Engkau biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya sekelip mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan bahagia yang berkekalan.
Kepulanganku ke rumah di Selayang disambut gembira dengan seisi keluarga. Semuanya berkumpul, tambah-tambah lagi kerana cuti tahun baru cina. Lagipun mereka semua ingin tahu siapakah gerangan yang mahu datang itu. Abang long, abang chik semua balik. Kakak ipar dan anak buah juga tidak ketinggalan untuk turut serta.
“Tak lama lagi, Man dapat abang iparlah. Ibu kan!” Itu suara adikku si Rahman.
“Ish kamu ni Man. Tak boleh ke kalau tak usik angah tu.” Ibu cuba membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah bagi. Entah apa keputusan yang akan kuberikan kepada abah dan ibu nanti.
“Ibu tak memaksa angah untuk menerimanya. Angah yang akan menentukannya sendiri.” Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia melihatku murung.
“Along terima siapa sahaja yang menjadi pilihan angah untuk jadi suami. Suami angah adalah adik ipar along juga.” Kata along sambil menepuk-nepuk bahuku.
“Acik pun macam tu juga. Kami nak tengok angah bahagia. Itu sudah memadai bagi kami.” Sokong Acik pula. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa aku memiliki sepenuh kuasa untuk menentukannya. Semua keluarga menyokong aku. Sekurang-kurangnya ia membuatkan aku berasa lega.
Semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan keluarga sempena kedatangan tetamu yang begitu mendebarkan hatiku itu. Mengikut kata ibu, mereka akan datang lepas maghrib dan akan makan malam bersama-sama keluargaku.
Apabila masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku berjemaah di rumah. Abah yang jadi imam dan along yang jadi bilal. Cuma aku je yang terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-tengokkan Ain, anak saudaraku yang baru berumur 9 bulan. Makin tak keruan aje rasanya jiwa ini. Tapi bila memikirkan yang semua ahli keluarga menyebelahiku, aku rasa bersemangat. Aku begitu gembira bila berpeluang untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluargaku ini. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang sebahagia ini. Dan doaku semoga keluarga yang akan kubina nanti sekurang-kurangnya akan menjadi seperti keluargaku ini.
Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Selayang kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Aku malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di hati ini. Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak tahu apa yang mereka kat luar tu bincangkan. Cuma terdengar suara hilai ketawa sahaja. Selang beberapa minit, aku terdengar suara orang bertakbir.
“Seperti suara yang pernah kudengar.” Bisik hatiku sendirian. Kemudian, diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan mengikut bacaan Saad al-Ghamidi.
“Ya Allah! Siapakah dia?” Hatiku semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu kudengar. Seperti suara yang sering menasihatiku itu.
“Ya Allah! Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini.”
“Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku, aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya.”
“Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin….”
Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku.
“Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah.” Bisik ibu perlahan. Aku merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir perlahan.
“Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah takut.” Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlahan seperti tidak bermaya. Mengenakan jubah yang baru siap aku tempah dan telekong pink. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap mukaku dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa air mata.
Aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak berani untuk melihat siapakah tetamu itu.
Ibu memimpin aku ke ruang tempat kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di situ. Aku duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta kak chik. Tetamu itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku, dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk mengangkat mukaku untuk memandangnya.
“Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap.” Tetamu itu memohon keizinan dari abah.
“Silakan.” Keizinan yang diberikan abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi nafasnya dan dapat menciumi bau minyak athar yang dipakainya.
“Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya Allah, aku benar-benar bermohon kepadamu.” Doa hatiku.
“Ustazah Faridah! Jika ini dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah mengenali saya.” Betulkah suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar.
“Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang saya datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya.”
“Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini? Ini benar-benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia.” Bisik hatiku.
‘Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta dan kasih sayang saya kerana Allah?” Soalnya perlahan.
Perlahan-lahan aku mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung.
“Haikal!” Bisikku perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir.
“Ya Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh redhaku.”
Aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku memeluknya erat.
“Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang isteri bu!” Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan kehendak dan keputusanku.

Seruling Senja
21 Jan 2002
11.55 malam
uia gombak.